PROGRAM TRANSFORMASI DESA DAN PENGUPAYAAN KOMUNITI (PTDPK)

LATAR BELAKANG

Program ini telah dilaksanakan sejak awal penubuhan KEDA berikutan keperluan pembangunan modal insan didalam pengupayaan komuniti. Sebanyak 56 penempatan telah dibangunkan yang terdiri daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Perumahan Tradisional dan Perumahan KESBAN.

 

OBJEKTIF

  1. Program ini memfokuskan transformasi desa-desa PPRT KEDA ke arah Desa Perdana yang mempunyai ciri-ciri masyarakat berdaya saing, berilmu dan berdikari
  2. Pembangunan modal insan bagi adalah pembentukan  masyarakat moden serta membantu untuk meningkatkan ekonomi setempat serta membantu meningkatkan keupayaan daya saing komuniti

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pembangunan Minda Insan dan Pengajian Sepanjang Hayat

 

SYARAT KELAYAKAN

Terbuka kepada penduduk di Desa – desa KEDA dan Penduduk di dalam kawasan Operasi KEDA

 

CARA-CARA MEMOHON

Jawatankuasa 4P Desa KEDA / Jawatankuasa Kampung mengemukakan Surat Permohonan dan Cadangan Program Modal Insan kepada Pejabat KEDA Zon di Daerah masing-masing