PROGRAM PEMANTAPAN PENGURUSAN ORGANISASI LUAR BANDAR DI WILAYAH KEDA (PTIO)

LATAR BELAKANG

 Projek ini telah diluluskan pelaksanaan bermula RMKe-12 bagi memenuhi teras-teras utama agenda Kerajaan dalam memperkukuh dan memantapkan institusi dan organisasi, menyediakan dana pelancaran dan bantuan ekonomi kepada institusi dan organisasi bagi kemampanan pentadbiran peringkat kampung serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah 

 

OBJEKTIF

  1. Membantu memantapkan pengurusan dan pentadbiran institusi dan organisasi luar bandar dengan melaksanakan aktiviti, program, kursus, dan latihan pengurusan institusi komuniti (KIR dan AIR), kepimpinan dan pentadbiran organisasi
  2. Membantu pengurusan projek dan kewangan institusi dan organisasi luar bandar dalam Pengurusan projek/ kewangan serta dana pelancaran institusi/ organisasi
  3. Menyediakan bantuan ekonomi berupa peralatan dan perkakasan institusi dan organisasi luar bandar yang berdaya maju

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pemantapan institusi dan organisasi
  2. Pengurusan projek dan kewangan
  3. Dana pelancaran dan bantuan ekonomi

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Fokus kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada institusi luar bandar (Koperasi, Pertubuhan berdaftar dan sah, Persatuan, dll) serta organisasi (Pasukan Perancang Dan Pelaksana Program (4P), Belia dan JPKK)
  2. Keutamaan hendaklah diberikan kepada institusi dan organisasi yang menunjukkan minat, aktif dan berazam kuat untuk menjalankan projek/program yang dimohon serta:
    – Mempunyai pengalaman dan kemahiran asas dalam bidang berkaitan; atau
    – Memberi manfaat kepada ahli/ anggota 4P atau koperasi serta komuniti setempat.

 

CARA-CARA MEMOHON

 Permohonan peralatan / program boleh dibuat secara bertulis / bersurat dan dihantar ke Pejabat KEDA Zon DI Daerah atau ke Ibu Pejabat KEDA