PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN UNTUK GOLONGAN TN50 DI KOLEJ KEDA

LATAR BELAKANG

Program ini pada dasarnya adalah termasuk di dalam Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11) dan diteruskan sehingga sekarang. Berdasarkan Teras Strategik 1 adalah untuk meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah dengan membangunkan ilmu kemahiran komersial bagi golongan B40 di dalam wilayah KEDA. Meneruskan kelangsungan peranan KEDA dalam membasmi kemiskinan luar bandar, program ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang berketerampilan, berpengetahuan dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi maklumat, ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat sasaran dalam pelbagai kegiatan ekonomi
  2. Memperbaiki dan mengembangkan kemahiran kumpulan sasar dengan pelbagai bidang pekerjaan dalam kawasan KEDA dan negeri Kedah khususnya
  3. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan kumpulan sasar untuk peningkatan pendapatan
  4. Memberi latihan kemahiran kepada penduduk setempat yang berminat secara perseorangan atau komuniti bagi program pembelajaran sepanjang hayat
  5. Memberi input bahan dan alatan untuk tujuan keusahawanan alumni serta Inkubator Kolej KEDA

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pembangunan Kemahiran untuk komuniti B40 di Kolej KEDA, Sik
  2. Pembangunan Kemahiran untuk komuniti B40 di Pusat Latihan Sungai Seluang, Kulim.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Bumiputera
  2. Sihat tubuh badan
  3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M)
  4. Berumur dari 17 tahun dan ke atas
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon
  6. Golongan B40

 

CARA-CARA MEMOHON

  1. Hebahan Iklan Permohonan Kursus akan di buat di facebook rasmi Kolej KEDA/ Instagram/Whatsapp
  2. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang google form yang disediakan melalui Iklan Hebahan atau menghubungi Urusetia Kursus di di talian Kolej KEDA 04-7205 430
  3. Yuran minimum akan dikenakan mengikut kursus