PROGRAM PEMERKASAAN GENERASI PEWARIS (GEN)

LATAR BELAKANG                    

Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN) merupakan program baharu yang akan memberi fokus kepada kumpulan pelajar luar bandar dan belia beliawanis luar bandar dalam aspek pendidikan dan pembangunan  kemahiran bagi membantu mempertingkatkan keupayaan dan daya saing mereka dalam pembangunan negara pada masa kini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dan jaringan antara agensi kerajaan, institusi dan badan-badan swasta berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Yayasan Pelajar serta pihak swasta.

 

OBJEKTIF

  1. Membantu pelajar/ belia luar bandar meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan, dan kemahiran serta berkeupayaan berdaya saing dalam pembangunan negara
  2. Melahirkan generasi pewaris luar bandar yang kompetitif
  3. Memperluas kemahiran dan tahap jati diri pelajar/ belia luar bandar dalam aspek pendidikan, keperibadian, sahsiah dan kemahiran kendiri

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pembangunan Kecemerlangan Pelajar Luar Bandar :
    – Tuisyen pintar
    – Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan
    – Aktiviti Teknik Belajar dan Menjawab Soalan Peperiksaan
    – Motivasi pelajar dan waris
  2. Program Halatuju Kerjaya :
    -Program / Karnival Peluang Kerjaya Lepasan SPM / STPM
  3. Program Pembangunan Kemahiran dan Jatidiri Belia Luar Bandar :
    – Kursus Kemahiran Belia
    – Program Pemerkasaan Jati Diri Belia

 

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar / belia luar bandar yang terdiri daripada golongan keluarga B40 yang akan menduduki peperiksaan SPM atau STPM

 

CARA-CARA MEMOHON

Permohonan  boleh dibuat secara bertulis / bersurat dan dihantar ke Pejabat KEDA Zon DI Daerah atau ke Ibu Pejabat KEDA