KEDA AGROBIZ
LATAR BELAKANG
KEDA Agrobiz Sdn Bhd ditubuhkan pada 12 Ogos 2010 di Lot 2345, Kampung Charuk Tualang, Jalan Gurun-Sik, Batu Lima, 08200 Sik, Kedah Darul Aman
OBJEKTIF
- Memajukan masyarakat luar bandar khususnya golongan sasar KEDA dalam semua bidang sosio ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan modal insan, latihan kemahiran, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan peningkatan kualiti hidup
- Meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam kegiatan ekonomi menerusi peningkatan pengupayaan (people empowerment)
- Mewujudkan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam kawasan operasi KEDA
VISI
Menjadi sebuah anak syarikat komersial yang berdaya saing
MISI
- Melaksanakan perniagaan strategik yang menguntungkan
- Menguruskan projek kilang air mineral semulajadi dan projek-projek ladang KEDA ke arah lebih komersial dan menguntungkan
- Menguruskan projek-projek pertanian, asas tani dan lain-lain industri ringan yang berkaitan agar dapat menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar
- Mengurus dan mengkomersialkan sumber dan potensi luar bandar
PRODUK DITAWARKAN
- AIR MINERAL SEMULAJADI AL WADI
Turut menawarkan perkhidmatan penjenamaan sendiri air mineral semulajadi (OEM) - KOPI ROBUSTA
- ANAK POKOK KOPI
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KEDA Agrobiz https://kedaholdings.com.my/keda-agrobiz/