PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Mohamad Noorazam bin Jaafar

Tel : +604-7205413
Emel : azam@keda.gov.my

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO):

Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT KEDA menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;

Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT KEDA bagi tujuan audit keselamatan ICT;

Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT KEDA yang perlu diberikan perhatian rapi;

Memastikan tahap keselamatan ICT KEDA adalah terjamin setiap masa;

Memastikan semua warga KEDA memahami keperluan standard, garispanduan dan prosidur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;

Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di KEDA;

Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garispanduan dan prosedur keselamatan ICT di KEDA;

Melaporkan kepada GCERT MAMPU mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di KEDA;

Membantu dalam membangunkan standard, garispanduan dan prosidur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di KEDA bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;

Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggugjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di KEDA;

Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT KEDA; dan

Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di KEDA.