PIAGAM PELANGGAN

Menyiapkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bina baharu dalam tempoh tiga (3)  bulan dan baik pulih rumah PPRT dalam tempoh satu (1) bulan selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan.

Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) disiapkan tidak melebihi dua (2) bulan daripada tarikh milik tapak.

Projek Ameniti Sosial (PAMS) disiapkan tidak melebihi enam (6) bulan daripada tarikh milik tapak.

Pelajar Kolej KEDA akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan menjalani kursus sekurang-kurangnya dalam tempoh dua belas (12) bulan dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) selama dua puluh empat (24) bulan.

Bayaran kepada pembekal akan dibuat secara elektronik dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Semua aduan awam akan diberi maklum balas awal dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas aduan lengkap diterima.

Pemakluman status permohonan penyewaan premis & lot industri akan dijawab dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

***Nota :  Piagam Pelanggan KEDA telah dipinda pada 20 Mac 2023.