BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
PENGURUS
Mohd. Ariff bin Mohd. Rodzi
Tel : +604-9179520
Faks : +604-9174680
Emel : mohdariff@keda.gov.my
Fungsi:
Mengurus dan menerima permohonan sewaan ke atas premis industri KEDA (Bengkel Industri/ Gerai/ Kilang/ Rumah Kedai /Lot Industri) termasuk memproses permohonan dan penawaran sewaan di Wilayah KEDA;
Mengurus dan menyelenggara premis industri KEDA yang didapati mengalami kerosakan di bawah skop tanggungjawab tuan punya premis;
Mengurus dan memantau serta menjalankan penguatkuasaan terhadap penyewa-penyewa premis industri KEDA termasuk proses penamatan dan tindakan mahkamah kepada penyewa yang ingkar;
Mengurus dan memantau serta melaksanakan perkara-perkara berkaitan kebersihan, keselamatan dan keceriaan kawasan premis industri di Wilayah KEDA;
Merancang penambahbaikan ke atas premis industri KEDA ke arah yang lebih baik termasuk mendapatkan pensijilan Good Manufacturing Practise (GMP) serta pensijilan lain yang berkaitan; dan
Mengurus dan mengawal selia tindakan terhadap tunggakan hasil.