KHIDMAT PENGURUSAN
Pengurus
Afifah binti Omar
Tel : +604-7205400
Faks : +604-7205448
Emel : afifah@keda.gov.my
Fungsi:
Unit komunikasi Korporat
*Menyalurkan informasi mengenai KEDA kepada umum.
*Meningkatkan rangkaian hubungan di antara KEDA dengan kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta.
*Mengurus dan menyelia kemudahan khidmat pelanggan.
Unit Pentadbiran Am
*Merancang dan menyelia urusan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
*Mengurus dan menyelenggara hal-hal pentadbiran pejabat Bahagian/ Unit/Zon yang merangkumi sistem fail, rekod, pengurusan aset dan stor.
*Merancang, menyelenggara dan menyelia kemudahan logistik.
*Menguruskan urusan rawatan hospital, klinik panel dan insurans bagi kakitangan KEDA.
*Menyelaras urusan bil perkhidmatan utiliti, telekomunikasi, tempahan penginapan, kawalan keselamatan dan lain-lain bil KEDA.
*Urusetia mesyuarat-mesyuarat utama KEDA.
*Mengurus dan menyelia pembudayaan inovasi dan EKSA peringkat KEDA.
Unit Pengurusan Sumber Manusia
*Merancang dan mengurus hal-hal perjawatan dan pengurusan organisasi.
*Mengurus dan menyelia hal-hal kompentensi dan laporan prestasi kakitangan.
*Mengurus dan menyelia perkhidmatan dan Pembangunan Sumber Manusia.
*Pengemaskinian pangkalan data perjawatan carta fungsi dan carta organisasi KEDA.
*Urus setia Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
*Urus setia Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
*Urus setia Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KEDA.
*Memberi khidmat nasihat berkaitan perkhidmatan personel kepada kakitangan.
*Menguruskan kemudahan, cuti dan saraan kakitangan KEDA.
*Mentadbir, mengemaskini dan memantau Sistem HRMIS.
*Menguruskan urusan kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya.
*Merancang dan menbangunkan Pelan Operasi Latihan.
Unit Teknologi Maklumat
*Merancang, melaksana dan menyelia pembangunan fizikal, rangkaian dan infrastruktur ICT.
*Merancang, melaksana dan menyelia pembangunan aplikasi dan infrastruktur ICT.
*Merancang, melaksana dan menyelia keselamatan ICT dan pusat data ICT.
*Menyelaras, menyelia dan mengurus setia mesyuarat dan tadbir urus ICT.
*Merancang, melaksana dan menyelia kursus/latihan ICT kepada pegawai dan kakitangan KEDA