Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 15:18:28 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 15:18:28
Hubungi Kami


.

.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEDA SANTUNI WARGA KERJA SEMPENA AIDILFITRI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEDA SANTUNI WARGA KERJA SEMPENA AIDILFITRI.

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited dalam menjaga kebajikan warga kerjanya melalui penganjuran Majlis Perhimpunan Bulanan yang diadakan di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, di sini semalam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada warga kerja KEDA dan anak syarikat sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta dedikasi mereka dalam memacu pembangunan organisasi.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar serta Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kerja KEDA atas usaha berterusan dalam memastikan setiap perancangan dan program dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan komuniti luar bandar.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah, KEDA Maju Jaya dan Perkhidmatan Awam, diikuti bacaan doa serta lafaz ikrar perkhidmatan awam sebelum diteruskan dengan ucapan amanat oleh Pengurus Besar KEDA.

Program berakhir pada jam 10.00 pagi dengan suasana penuh mesra dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga KEDA menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah