Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 15:15:36 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 15:15:36
Hubungi Kami


.

.

PROGRAM SANTAPAN ROHANI KOMUNITI DESA KEDA BENDANG TOK TERI

PADANG TERAP – Desa KEDA Bendang Tok Teri telah menjadi lokasi terakhir bagi Program Santapan Rohani Komuniti Desa KEDA 1447H, sekali gus menutup tirai penganjuran program tersebut bagi tahun ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dato’ Badrol Hisham bin Hasyim.
Turut hadir ialah Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar KEDA.

Program dimulakan dengan aktiviti ziarah kasih ke tiga buah rumah penduduk terpilih, di mana sumbangan bakul makanan telah disampaikan bagi meringankan beban mereka.

Seterusnya, majlis diteruskan di dewan dengan pengisian santapan rohani serta sesi ramah mesra bersama penduduk setempat.
Dalam ucapannya, beliau mengajak masyarakat agar sentiasa menghargai segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan serta menyanjung jasa kepimpinan dalam membangunkan komuniti luar bandar.

Program ini diharap dapat terus mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak KEDA dan masyarakat setempat, di samping menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan komuniti Desa KEDA.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

PROGRAM SANTAPAN ROHANI RAMADAN KOMUNITI DESA KEDA ZON 9, BANDAR BAHARU LOKASI TERAKHIR IFTAR PERDANA KEDA 1447H

BANDAR BAHARU – Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang merupakan lokasi terakhir bagi Iftar Perdana KEDA 1447H telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Dewan Desa KEDA Sungai Buluh, di sini baru-baru ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YBhg. Datuk Muhar Bin Hussain yang turut meluangkan masa bersama komuniti setempat dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Program yang bermula seawal jam 6.00 petang itu dimulakan dengan ketibaan penduduk serta tetamu jemputan, diikuti ketibaan tetamu kehormat.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan aluan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi)KEDA yang menzahirkan penghargaan atas kehadiran dan sokongan komuniti.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan program seumpama ini sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak KEDA dan masyarakat desa di samping mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian rohani.

Turut berlangsung adalah ucapan daripada YBhg. Datuk Muhar Bin Hussain yang menyatakan komitmen berterusan KEDA dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar serta kebajikan penduduk desa.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Geran Hakmilik rumah Tradisional kepada penerima yang layak serta sumbangan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.

Program diteruskan dengan bacaan tahlil sebelum para hadirin bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Penganjuran program ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, malah berjaya memperkukuh hubungan erat antara KEDA dan komuniti setempat selaras dengan aspirasi pembangunan masyarakat luar bandar yang sejahtera.

52 PESERTA PLKK KEDA TERIMA SIJIL TAMAT KURSUS

ALOR SETAR – Seramai 52 peserta tajaan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima sijil tamat kursus dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Seri Malaysia Alor Setar semalam.
Majlis penyerahan sijil tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan diiringi oleh Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Mohd Azam bin Omar yang turut menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA.
Menurut beliau, KEDA telah memperuntukkan sebanyak RM146,000 bagi membiayai penyertaan 52 peserta PLKK tersebut yang melibatkan tiga bidang kursus kemahiran.
Peserta yang diraikan terdiri daripada Kursus Baiki Telefon Bimbit (Basic to Semi Advance) yang melibatkan 16 peserta dengan peruntukan sebanyak RM48,000.
Selain itu, Kursus Kemahiran Rawatan Muka dan Keusahawanan (Mobile Facial Spa) turut melibatkan seramai 20 peserta dengan peruntukan sebanyak RM50,000.
Manakala Kursus Kulinari dan Pramusaji pula melibatkan 16 peserta dengan jumlah peruntukan sebanyak RM48,000.
Program PLKK ini merupakan antara inisiatif penting KEDA dalam memperkasakan tenaga kerja luar bandar melalui peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran peserta, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memperluaskan penyertaan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Majlis tersebut turut diakhiri dengan jamuan Iftar bersama para peserta dan tetamu yang hadir.

PROGRAM SANTAPAN ROHANI RAMADAN KOMUNITI DESA KEDA BUKIT ULAR

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap terus menyantuni penduduk setempat menerusi penganjuran Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA Bukit Ular. .
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Pengerusi Mubarak Malaysia, YBhg. Dato’ Seri Haji Ghazali bin Haji Ibrahim yang hadir mewakili Pengerusi KEDA.
Turut bersama menjayakan program ialah Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Getah Malaysia, YBhg. Dato’ Badrol Hisham bin Hashim serta Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2, Padang Terap, Encik Shahurin bin Md Isa.
Program dimulakan dengan lawatan ke sebuah rumah projek K-Home KEDA yang telah siap dibina dan kini diduduki oleh sebuah keluarga penerima manfaat di Desa KEDA Bukit Ular.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2 sebelum ucapan oleh wakil Pengerusi KEDA.
Dalam ucapannya, beliau menyeru penduduk agar sentiasa bersyukur dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dan agensi seperti KEDA dalam usaha membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada penduduk asnaf di kawasan berkenaan.
Program kemudiannya diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama komuniti setempat serta solat Maghrib berjemaah, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga KEDA dan penduduk Desa KEDA Bukit Ular

PROGRAM SANTAPAN ROHANI RAMADAN KOMUNITI DESA KEDA ZON 3, PENDANG LOKASI KELAPAN IFTAR PERDANA KEDA 1447H

PENDANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) meneruskan penganjuran Program Santapan Rohani Ramadan Komuniti Desa KEDA Zon 3, Pendang di Desa KEDA Tanjung Setol yang merupakan lokasi kelapan bagi program Iftar Perdana KEDA 1447H, dengan pengisian kebajikan dan kerohanian yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Fadzil bin Zolkipli yang mewakili Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Pendang, Dato’ Suraya binti Yaakob.
Program dimulakan dengan agenda Ziarah Kasih yang diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Dalam sesi tersebut, beliau mengambil kesempatan menziarahi serta menyantuni warga KEDA yang terlantar sakit di kediaman mereka dengan menyampaikan bantuan peribadi sebagai tanda keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan komuniti desa yang memerlukan.
Acara kemudiannya diteruskan dengan gimik penyerahan Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) 2025 bagi daerah Pendang sebagai simbolik komitmen KEDA dalam memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar secara bersepadu.
Selain itu, bantuan bakul makanan turut disampaikan kepada para penerima manfaat bagi membantu meringankan beban serta membuat persiapan menyambut Ramadan.
Kemuncak program ialah Majlis Iftar Perdana yang menghimpunkan komuniti setempat untuk berbuka puasa bersama.
Suasana majlis turut diserikan dengan pengisian ibadah seperti tahlil ringkas, solat Maghrib, solat Isyak serta solat sunat Terawih secara berjemaah.
Melalui penganjuran program ini, KEDA berharap hubungan silaturahim antara agensi dan komuniti desa terus diperkukuh di samping memastikan agenda pembangunan serta kebajikan masyarakat luar bandar sentiasa diberi perhatian.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah