Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal
Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Multi Language [EN] | [MY]
Soalan Lazim
Mengenai KEDA

Dasar Privasi

Dasar PrivasiDasar KeselamatanPenafianHakcipta Terpelihara © 2026-09-10 15:43:18 KEDAPortal MyGovMaklumat CIO / CDO Agensi KEDAData TerbukaKebebasan Maklumat
MyMesyuarat Peta Laman
Penerbitan Rasmi KEDASoalan Lazim
Pengumuman Rasmi
Berita Terkini KEDA
Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Atas TalianArkib ElektronikTender & SebuthargaPenyertaan Awam
Kemaskini Terakhir: 2026-09-10 15:43:18
Hubungi Kami


.

.

KOLEJ KEDA KEKAL STATUS INSTITUSI TVET 5 BINTANG

KUALA LUMPUR – Kolej KEDA sekali lagi melakar kejayaan apabila berjaya mengekalkan pengiktirafan sebagai Institusi TVET 5 Bintang oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Anugerah berprestij peringkat kebangsaan itu telah disampaikan oleh YB Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan kepada YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Besar KEDA, dalam Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan serta Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof.

Pengiktirafan berterusan ini membuktikan komitmen tinggi Kolej KEDA dalam memastikan kualiti latihan kemahiran yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap cemerlang, selaras dengan standard penarafan Malaysia TVET Rating.

Kejayaan mengekalkan status 5 Bintang ini merupakan hasil kerja keras, dedikasi dan sinergi seluruh warga Kolej KEDA serta KEDA secara keseluruhannya dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).

Pengiktirafan ini bukan sekadar satu pencapaian, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkukuh kecemerlangan institusi dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing.

Kolej KEDA

#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

LAWATAN PENGERUSI KEDA KE KRC PERKUKUH PELUANG KERJAYA ANAK KEDAH, KOLEJ KEDA SEDIA JADI PEMBEKAL TENAGA MAHIR

PADANG TERAP – Lawatan rasmi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid ke Kedah Rubber City (KRC) membuktikan komitmen berterusan KEDA dalam memastikan pembangunan ekonomi negeri benar-benar memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau perkembangan semasa projek ikonik KRC termasuk pembinaan Kilang Tayar Prinx Chengshan, selain mendengar taklimat pembangunan menyeluruh daripada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Turut mengiringi lawatan ialah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar; Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan; Pengurus Pembangunan Usahawan KEDA, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi; serta Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2 Padang Terap, Encik Shahurin bin Mat Isa.

Sinergi Strategik Industri dan Pendidikan

Lebih signifikan, lawatan ini turut menekankan kepentingan sinergi strategik antara sektor industri di KRC dan Kolej KEDA sebagai penyedia utama tenaga kerja mahir dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir, pembangunan KRC bukan sekadar pembinaan infrastruktur berskala besar, malah perlu diterjemahkan kepada peluang ekonomi sebenar untuk penduduk setempat.

“Pembangunan KRC ini mesti memberi pulangan kepada rakyat. Kolej KEDA memainkan peranan kritikal dalam memastikan anak-anak Kedah, khususnya dari Padang Terap, dibekalkan kemahiran yang relevan dan seterusnya menjadi pilihan utama industri seperti KRC,” katanya.

Kehadiran pelabur antarabangsa seperti Prinx Chengshan dilihat membuka ruang kerjaya yang luas kepada graduan Kolej KEDA, khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional.

Sehubungan itu, kurikulum latihan Kolej KEDA kini disesuaikan dengan keperluan teknologi semasa hasil kerjasama strategik antara KEDA, NCIA dan pihak industri.

Program Berimpak Tinggi

Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan Program SKILINDUSTRI TVET BRIDGE KEDA–NCER yang memfokuskan kepada tiga bidang berimpak tinggi:

  • NCER-KEDA Auto Excel (Automotif) – memberi penekanan kepada teknologi kenderaan elektrik (EV) dan sistem diagnostik moden.

  • NCER-KEDA Electro Tech (Elektrik) – berasaskan teknologi Industri 4.0 serta tenaga boleh diperbaharui.

  • NCER-KEDA Weldpro 4.0 (Kimpalan) – memenuhi keperluan sektor kejuruteraan berat serta industri minyak dan gas.

Perancangan Peluasan Kampus

Seiring peningkatan permintaan industri, Kolej KEDA yang kini menawarkan tujuh bidang kemahiran merangkumi 14 program pensijilan serta dua program diploma, turut merancang peluasan kampus.

Cadangan pengambilan tanah seluas 14.872 ekar sedang diusahakan bagi menambah baik fasiliti sedia ada seluas 25 ekar. Peluasan ini bakal menempatkan jabatan baharu termasuk Kejuruteraan Mekanikal (HVAC), Kulinari dan Teknologi Fabrik, sekali gus memperluaskan akses latihan kemahiran kepada masyarakat luar bandar.

Dengan akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST), Kolej KEDA optimis untuk memainkan peranan lebih besar dalam mengurangkan kadar pengangguran, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memperkukuh kesejahteraan ekonomi rakyat Kedah.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

#KEDA #MensejahterakanLuarBandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERKUKUH JATI DIRI PENDUDUK DESA KEDA PASIR PUTIH

PADANG TERAP – Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap dengan kerjasama Jawatankuasa 4P Desa KEDA Pasir Putih telah berjaya menganjurkan Majlis Ceramah Israk Mikraj bertempat di Surau Desa KEDA Pasir Putih, di sini.

Penganjuran program berunsur kerohanian itu bertujuan menyuburkan nilai keimanan serta memperkukuh jati diri masyarakat setempat selaras dengan usaha berterusan KEDA dalam membangunkan komuniti desa yang seimbang dari aspek rohani dan sosial.

Majlis berkenaan dihadiri penduduk yang memenuhi ruang surau bagi mengikuti pengisian ceramah yang disampaikan.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustaz Shahril bin Abdul Azir yang menekankan peristiwa agung Israk Mikraj sebagai titik penting dalam sejarah pensyariatan solat serta lambang hubungan langsung antara hamba dengan Pencipta.

Menurut beliau, solat bukan sahaja menjadi kewajipan asas umat Islam, malah berperanan sebagai teras pembinaan akhlak, disiplin diri dan kekuatan rohani dalam menghadapi realiti kehidupan masa kini yang semakin mencabar.

Selain itu, beliau turut mengajak para hadirin mengambil peluang keberkatan bulan Rejab dengan memperbanyakkan amalan kebajikan serta memperteguh keimanan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohd Syaril bin Idris dan Encik Mohamad Abdul Khalil bin Abdullah selaku wakil Pejabat KEDA Zon 2, Padang Terap, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan pihak KEDA dalam menyokong program pembangunan sahsiah dan kesejahteraan komuniti di peringkat desa.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat mempererat ukhuwah dalam kalangan penduduk serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat Desa KEDA Pasir Putih yang harmoni, berilmu dan berdaya tahan.

#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja

Logo Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
×
Imej ahli lembaga pengarah