Cadangan menaiktaraf surau di Desa KEDA Sungai Semiar, Mukim Jeneri Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Pengarang: pentadbir
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/574
Cadangan membina baru 1 unit rumah dan membaikpulih 2 unit rumah serta kerja berkaitan di bawah Projek PROSPEK Teloi, Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/573
Cadangan baikpulih surau Desa KEDA serta kerja berkaitan di Desa KEDA Nagalilit, Mukim Nagalilit Daerah Kulim, Kedah Darul Aman.
Tawaran Kerja Undi KEDA400-5/14/572
Cadangan baikpulih infrastruktur surau Desa KEDA dan bilik gerakan serta kerja berkaitan di Desa KEDA Dingin, Mukim Mahang, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/7/79
Cadangan menaiktaraf Pusat Jualan PROSPEK Teloi serta kerja berkaitan di Kampung Charuk Padang, Mukim Teloi Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/7/78
Cadangan kerja membina baharu Projek Campsite Homestay Sedim di bawah peruntukan Desa Lestari Kg Sungai Buluh serta kerja berkaitan di atas Lot 192 Mukim Sedim Daerah Kulim Kedah Darul Aman.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/7/77
Cadangan Menaiktaraf Bengkel Elektrik serta kerja berkaitan di Kolej KEDA Daerah Sik, Kedah Darul Aman.
DURIAN FEST @ PROSPEK PEDU 4.0 ANGKAT DURIAN PEDU KE PERSADA LEBIH TINGGI
PEDU – Penganjuran Durian Fest @ PROSPEK Pedu 4.0 menjadi platform strategik dalam mempromosikan keunikan dan kualiti Durian Pedu kepada masyarakat sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara produk agro bernilai tinggi di negeri Kedah.
Festival yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) itu bukan sahaja menghimpunkan pencinta durian dari pelbagai kawasan, malah membuka ruang kepada orang ramai untuk mengenali sendiri keistimewaan durian yang diusahakan oleh peserta Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu.
Durian Pedu semakin mendapat perhatian kerana memiliki rasa yang tersendiri, tekstur isi yang lemak serta berkualiti tinggi hasil daripada amalan pertanian yang baik oleh para pengusaha tempatan.
Melalui festival ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai varieti durian yang ditawarkan selain mendapatkan maklumat secara terus daripada pengusaha mengenai kaedah penanaman dan penjagaan kebun.
Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, berkata Durian Fest merupakan medium terbaik untuk memperkenalkan jenama Durian Pedu kepada pasaran yang lebih luas serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti hasil tempatan.
Menurut beliau, promosi yang berterusan amat penting bagi mewujudkan identiti tersendiri kepada Durian Pedu agar ia mampu berdiri sebaris dengan jenama durian terkenal lain di negara ini.
“Pedu mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi agro pelancongan berasaskan durian. Melalui festival seperti ini, kita dapat menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan pengusaha dan merancakkan ekonomi komuniti setempat,” katanya.
Penganjuran Durian Fest @ PROSPEK Pedu 4.0 membuktikan kesungguhan KEDA dalam mengangkat Durian Pedu sebagai ikon baharu agro pelancongan Kedah, di samping memperluaskan peluang pasaran dan meningkatkan daya saing produk luar bandar di peringkat yang lebih tinggi.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/151
Membekal Dan Menghantar Perisian Microsoft Office Untuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Iklan Sebutharga KEDA(S)400-5/6/144
Membekal Dan Menghantar Peralatan Bantuan Ekopelancongan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Tahun 2026 Mukim Pedu Bagi Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
