Membekal Dan Menghantar Peralatan Bantuan Ekonomi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Tahun 2026 Mukim Pedu Bagi Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
Pengarang: pentadbir
Keputusan Tender KEDA(S) 400-5/8/16
Perkhidmatan Pembersihan Kompleks Ibu Pejabat KEDA & Kolej KEDA Sik.
Keputusan Tender KEDA(S) 400-5/8/15
Cadangan Membina dan Menyiapkan Projek PPK Kg. Wang Tok Rendong, Langkawi.
SIDANG MEJA BULAT KOPERASI DESA KEDA ZON 3 PERKASA JARINGAN DAN KELESTARIAN KOPERASI
PENDANG – Usaha memperkukuh peranan koperasi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar terus diperkasa apabila Bahagian Pembangunan Komuniti (BPK), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menganjurkan Sesi Turun Padang Sidang Meja Bulat Koperasi Desa KEDA Tahun 2026 Zon 3 (Pendang/Pokok Sena) di Dewan Lestari Asam Jawa, Pendang, baru-baru ini.
Program yang menghimpunkan wakil-wakil Koperasi Desa KEDA di daerah Pendang dan Pokok Sena itu menjadi platform bagi membincangkan isu, cabaran serta hala tuju koperasi agar terus relevan dan berdaya saing dalam menjana ekonomi komuniti setempat.
Sesi dimulakan dengan taklimat daripada Jabatan Penerangan Daerah Pendang yang disampaikan oleh Puan Syamimi Aaizag binti Ibrahim, yang berkongsi maklumat berkaitan peranan agensi dalam menyampaikan dasar serta maklumat kerajaan kepada masyarakat.
Seterusnya, peserta diberi pendedahan mengenai perkembangan dan inisiatif KEDA menerusi slot Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang disampaikan oleh Encik Muhammad Nasir bin Abdullah.
Turut berlangsung ialah slot Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syahid, yang memberi penerangan mengenai aspek tadbir urus, pematuhan perundangan serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh koperasi untuk meningkatkan prestasi dan daya tahan organisasi.
Kemuncak program diteruskan dengan sesi Sidang Meja Bulat Koperasi yang memberi ruang kepada peserta mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta mencadangkan penambahbaikan terhadap pengurusan dan operasi koperasi Desa KEDA.
Melalui penganjuran program seumpama ini, KEDA berharap hubungan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dan Koperasi Desa KEDA dapat terus diperkukuh demi memastikan koperasi berupaya menjadi pemacu pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar secara mampan dan inklusif.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
YAYASAN PELAJARAN MARA KUNJUNG HORMAT KEDA, PERKUKUH KERJASAMA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dalam satu sesi yang berlangsung di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, di sini.
Delegasi Yayasan Pelajaran MARA diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin. Turut hadir adalah dua ahli lembaga pengarah YPM iaitu YBhg. Dato’ Hajah Norma binti Haji Awang dan Tuan Syed Mohd Johan Rizal bin Syed Unan Mashri serta YBrs. Encik Hayazi bin Azizan, Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Negeri Kedah.
Ketibaan delegasi ini disambut mesra oleh pengurusan tertinggi KEDA yang diketuai oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar. Turut terlibat adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Pengurus Pembangunan Komuniti yang menjalankan tugas Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Mohd Azam bin Omar.
Sesi kunjungan hormat tersebut menjadi platform untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan serta meneroka peluang kerjasama strategik khususnya dalam aspek pembangunan modal insan, pendidikan dan pemerkasaan komuniti luar bandar.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama bagi meningkatkan akses pendidikan serta memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat di kawasan luar bandar, selaras dengan aspirasi kedua-dua agensi dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
KEDA sentiasa komited menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi berkaitan bagi memastikan agenda pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.
Kunjungan hormat ini diharap dapat membuka ruang kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara KEDA dan Yayasan Pelajaran MARA dalam merealisasikan usaha memperkasakan komuniti melalui pendidikan dan pembangunan insan.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Jadual Pembuka Sebut HargaKEDA(S)400-5/6/147
Membekal Peralatan Skuba dan Aksesori lain kepada Koperasi Desa KEDA Sungai Udang Yan Berhad.
Jadual Pembuka Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/146
Membekal Insentif Input Baja Tanaman Durian bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu Tahun 2026.
Jadual Pembuka Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/145
Membekal 2 Unit Buggy Car kepada Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad.
Jadual Pembuka Sebut Harga KEDA(S)400-5/7/76
Cadangan Naiktaraf Pagar Serta Kerja Berkaitan Di Taman IKS Napoh, Mukim Hosba, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/571
Cadangan Naiktaraf Surau Serta Kerja Berkaitan Di Desa KEDA Sungai Kechil Ilir, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
