Cadangan Membina Baharu Rumah No.41 Serta Kerja Berkaitan Bagi Projek K-HOME Di Desa KEDA Sungai Kechil Ilir, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Pengarang: pentadbir
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/569
Cadangan Membina Baharu Rumah No.32 Serta Kerja Berkaitan Bagi Projek K-HOME Di Desa KEDA Sungai Kechil Ilir, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/147
Membekal Peralatan Skuba dan Aksesori lain kepada Koperasi Desa KEDA Sungai Udang Yan Berhad.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/146
Membekal Insentif Input Baja Tanaman Durian bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu Tahun 2026.
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/6/145
Membekal 2 Unit Buggy Car kepada Koperasi Pelancongan Homestay Sedim Kulim Berhad
HARI BELIA NEGARA 2026 PADANG TERAP DISAMBUT MERIAH
PADANG TERAP – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Daerah Padang Terap berlangsung dengan penuh meriah di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka menerusi pelbagai aktiviti menarik bertemakan “Menggerak Belia”.
Program anjuran Pejabat Belia Daerah Padang Terap itu berjaya menghimpunkan golongan belia serta masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat melalui pelbagai pengisian bermanfaat dan santai seperti Fun Run Challenge, Aerobik Perdana, busking, e-sukan, pertandingan karom, memanah tradisional, persembahan silat, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta Jualan Rahmah MADANI.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg Dato’ Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid yang turut menyampaikan amanat kepada golongan belia agar terus berusaha membina masa depan yang lebih cemerlang melalui pendidikan kemahiran dan latihan teknikal.
Dalam ucapannya, beliau berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan dapat bekerjasama dalam melaksanakan program pembangunan belia supaya anak muda, khususnya di Padang Terap, dapat melihat peluang dan hala tuju masa depan mereka dengan lebih jelas.
Beliau turut menyeru golongan belia agar memanfaatkan peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mampu membuka ruang kerjaya lebih luas mengikut minat dan bakat masing-masing.
“Kita mahu membantu anak-anak di Padang Terap termasuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik supaya tetap mempunyai masa depan yang baik melalui bidang kemahiran,” katanya.
Turut hadir ialah Pengarah IKBN Naka, Tuan Ismawi bin Ismail; Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar; serta Pengerusi Majlis Belia Padang Terap, Encik Jasnizam Husni.
Dalam pada itu, KEDA turut bersama menjayakan program tersebut menerusi pameran bergerak yang memberi penerangan berkaitan peluang pendidikan kemahiran dan TVET kepada golongan belia.
Antara yang menjadi perhatian pengunjung ialah pameran program TVET di Kolej KEDA yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran sebagai platform membina masa depan belia luar bandar.
Program ini secara tidak langsung membuktikan bahawa setiap belia mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberikan peluang dan bimbingan dalam bidang yang diminati.
Majlis berakhir dengan penyampaian sijil penghargaan kepada belia yang mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja
Iklan Sebut Harga KEDA(S)400-5/7/76
Cadangan Naiktaraf Pagar Serta Kerja Berkaitan Di Taman IKS Napoh, Mukim Hosba, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/568
Cadangan Menaiktaraf Dataran Serta Kerja Berkaitan Di MD2 Botanic Cafe, Kampung Sungai Kechik, Mukim Temin, Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/567
Cadangan Membina Baharu Rumah No.40 Serta Kerja Berkaitan Bagi Projek K-HOME Di Desa KEDA Pochan, Mukim Putat Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.
Iklan Undi Kerja KEDA400-5/14/566
Cadangan Menaiktaraf Surau Di Desa KEDA Lahar Tunjung, Mukim Rambai Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.
