ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited dalam memperkasakan pembangunan sosioekonomi luar bandar, bukan sahaja dari sudut fizikal malah juga kerohanian.
Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom berkata, melalui Program Pendampingan KEDA di bawah inisiatif Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PDPK) 2025, sebanyak RM1.4 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program berunsur keagamaan dan kemasyarakatan.
Katanya, sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEDA dipertanggungjawabkan untuk memacu pembangunan sosioekonomi serta menyeimbangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.
“Kawasan operasi KEDA meliputi 90.2% Negeri Kedah dengan keluasan 8,564 km persegi, kecuali kawasan di bawah pengurusan MADA. Program Pendampingan KEDA adalah sebahagian daripada usaha Pembangunan Minda Insan dan Pengajian Sepanjang Hayat, yang memberi tumpuan kepada aspek spiritual, pendidikan berterusan, dan pembangunan modal insan yang seimbang.
“Walaupun KEDA bukan entiti utama dalam bidang pengukuhan agama, peranannya sebagai penyokong utama kepada pelbagai inisiatif berbentuk kebaikan dan kesejahteraan amat signifikan.
Beliau berkata pada Majlis Sambutan Aidilfitri KEDA 2025/1446H di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar, Alor Setar.
Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM1.4 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti di bawah program ini, termasuk sambutan hari kebesaran Islam dan program turun padang di seluruh kawasan desa KEDA.
“Antara inisiatif utama yang dijalankan termasuk Program Pengimarahan Ramadan Peruntukan RM185,000 termasuk Iftar Perdana peringkat Parlimen dan Desa KEDA, Program Sambutan Aidilfitri sebanyak RM97,000, Program Khatan Perdana berjumlah RM43,896.
“RM63,000 untuk Ceramah Israk dan Mikraj, Daurah Kitab 2.0 sebanyak RM39,445 dan Program Pengurusan Sisa Pepejal di Desa KEDA (SPIKE 2.0) dengan peruntukan RM26,955,” katanya.
Jelas beliau, melalui pelaksanaan pelbagai program ini, KEDA menyasarkan bukan sahaja untuk memperkukuh kesejahteraan rohani masyarakat luar bandar, malah membina komuniti yang harmoni, berilmu dan berdaya tahan seiring aspirasi Malaysia MADANI.
Hadir sama menjayakan program ini iaitu Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI KEDA ZON 5 BALING ERATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA AGENSI DAN KOMUNITI
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM PENDAMPINGAN KEDA MENJANA KESEJAHTERAAN FIZIKAL DAN BATINIAH KOMUNITI LUAR BANDAR
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI KEDA 2025 MERIAH
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM CINTA KOMUNITI KUKUHKAN JALINAN MAHASISWA DAN PENDUDUK DI DESA KEDA BENDANG MAN
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM KOLABORASI AGENSI DAN SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA KEPIMPINAN 4P DAN WARGA DESA KEDA DAERAH SIK
/in Berita /by Upload@kedaPROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU PULANG BERAYA DI DESA-DESA KEDA ZON 6, KULIM MERIAH
/in Berita /by Upload@kedaTRADISI PROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU DI DESA-DESA KEDA ZON 5, BALING BERLANGSUNG MERIAH
/in Berita /by Upload@kedaPROGAM MALAM 7 LIKUR DAN SAMBUTAN ANAK PERANTAU PULANG BERAYA DI DESA-DESA KEDA ZON 7, KUALA MUDA/YAN BERLANGSUNG HARMONI
/in Berita /by Upload@kedaBELIA DESA KEDA BUKIT ULAR ANJURKAN PROGRAM 7 LIKUR BELIA
/in Berita /by Upload@kedaDESA KEDA KUBANG KENYENG SEMARAKKAN RAMADAN DENGAN PROGRAM TUJUH LIKUR BELIA
/in Berita /by Upload@keda