KEDA BELANJA RM750,000 BAGI PROJEK DESA LESTARI KOPERASI PEMBANGUNAN KAMPUNG BENDANG MAN

SIK – Ahli Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad seharusnya bersyukur apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui agensinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menerima peruntukan RM750,000 untuk projek pembangunan koperasinya.

RM750,000 ini adalah melibatkan pembelian backhoe, lori 3 tan, pembinaan garaj dan pagar.

Semua kemudahan ini telah diserahkan oleh Pengurus Besar KEDA sendiri dalam Majlis Perasmian Koperasi Pembangunan Kampung Bendang Man Sik Berhad yang diadakan di Desa KEDA Bendang Man, disini.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi.

Majlis ini turut menerima jemputan luar iaitu Puan Nornadiatul Eliza binti Mohd Rodzi yang mewakili Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Sik..

Turut diserahkan adalah bantuan ekonomi Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Teloi.

Pengurus Besar KEDA dalam ucapannya menyeru agar semua penerima bantuan dan ahli koperasi bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat Allah kepada mereka.

“KEDA sentiasa komited sebagai penghubung dalam usaha membantu dan memakmurkan koperasi-koperasi dibawah agensi ini.

Saya berharap agar koperasi menggunakan dan menjaga semua kemudahan yang diberikan dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menjana pendapatan selain berbakti kepada penduduk terutama dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat,” ujar beliau.

Pengurus Besar KEDA juga berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki backhoe yang lengkap dengan penghawa dingin.

Semoga Koperasi ini terus berjaya di masa akan datang.

Ismasuhaimi Sharif
#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar