AKRAB KEDA RANCANG AKTIVITI LEBIH STRATEGIK UNTUK 2024

ALOR SETAR – Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) merancang pelbagai aktiviti lebih strategik untuk tahun 2024.
Perancangan aktiviti dan program dibincangkan dalam Mesyuarat AKRAB KEDA Bil 3/2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Angsana Kompleks Ibu Pejabat KEDA di sini semalam.
Mesyuarat dimulakan dengan taklimat oleh Penyelaras AKRAB KEDA, Encik Muhammad Nasir bin Abdullah membentangkan laporan aktiviti AKRAB 2023, tugasan-tugasan biro dan perancangan aktiviti 2024.
Perancangan itu dibincangkan bersama 33 ahli AKRAB KEDA bersama Pengurus Bahagian Perancangan, Pemantauan dan Penilaian (BPPP) KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan merangkap Pengerusi AKRAB KEDA.
Antara perancangan strategik AKRAB untuk tahun 2024 iaitu menjadi pemimpin rakan sebaya yang lebih efektif kepada kakitangan KEDA dan bersedia untuk diberi tanggungjawab mengelola aktiviti-aktiviti anjuran KEDA.
Selain itu, AKRAB KEDA berhasrat meneruskan aktiviti berbentuk program khidmat masyarakat (CSR) untuk warga Desa KEDA kepada penduduk luar bandar.
Encik Mohd Elias semasa mempengerusikan mesyuarat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KEDA yang memberi kerjasama dan menyokong aktiviti yang dilaksanakan AKRAB.