PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA DI WILAYAH KEDA

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan sistem perhubungan di kawasan wilayah KEDA. Hal ini kerana terdapat keperluan jalan-jalan kampung yang menghubungkan kampung-kampung berdekatan ke jalan utama. Pelaksanaan projek ini merangkumi bina baharu / baikpulih / naiktaraf jalan serta kerja berkaitan di kawasan penempatan penduduk luar bandar. Di samping itu, peruntukan ini juga telah membaikpulih jalan-jalan lama yang rosak dan yang perlu dibaiki untuk memudahkan aksesibiliti penduduk.

OBJEKTIF PROJEK

  1. Objektif projek adalah untuk meningkatkan taraf aksesibiliti penduduk luar bandar agar boleh melibatkan diri dengan arus perdana pembangunan.
  2. Mencapai tahap kehidupan yang lebih baik, selesa dan memuaskan melalui pembinaan/naiktaraf/baikpulih jalan kampung yang lebih sempurna.

SKOP DAN KOMPONEN PROJEK

  1. Membina jaringan jalan yang menghubungkan sebuah kampung ke kampung lain dan jaringan dengan jalan utama ke pekan/bandar dalam Wilayah KEDA.
  2. Membina dan menaiktaraf jalan baru (jalan tanah merah, jalan crusher run dan jalan premix).
  • Menaiktaraf/turap semula jalan sedia ada (jalan tanah merah, jalan crusher run dan jalan premix).