PROJEK KEMUDAHAN PERNIAGAAN KEDA (PKPK) KOTA SETAR

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2019 dengan perancangan kos keseluruhan projek berjumlah RM21,200,000.00. Ianya dibangunkan di sebuah lokasi yang sangat strategik bersebelahan dengan jalan utama dari daerah Pokok Sena menghala ke bandaraya Alor Setar. Kawasan ini juga sedang rancak membangun dengan pertambahan kawasan perumahan baru serta pelbagai aktiviti perniagaan setempat. Pembangunan projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).  Kemajuan kerja – kerja pembinaan fizikal projek ini sehingga akhir tahun 2022 mencapai 42% dan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan pembangunan hartanah KEDA yang mempunyai potensi dan nilai komersial sebagai pelaburan ke arah menjana pendapatan.
  2. Menyediakan kemudahan ruang perniagaan yang kondusif dengan kadar sewaan yang tidak membebankan usahawan untuk memasarkan produk – produk tempatan.
  • Melahirkan usahawan baru dan mencorak imej positif usahawan luar bandar yang beroperasi dalam premis perniagaan yang tersusun dan menarik.

 

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Pembangunan kompleks perniagaan – 16 unit lot perniagaan.
  2. Dewan Serbaguna (kapasiti 1000 orang) – 1 unit.
  • Surau dan tandas – 1 unit.
  1. Kemudahan infrastruktur.