PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN UNTUK KOMUNITI B40 BAGI WILAYAH KEDA DI KOLEJ KEDA SIK DAN KULIM
LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini pada dasarnya adalah termasuk di dalam Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11). Kos siling program ini diluluskan untuk dibelanjakan berjumlah RM3,625,300.00. Bagi tahun 2022, peruntukan yang telah diterima adalah sebanyak RM400,000.00. Namun demikian, RM200,000.00 telah diserahkan untuk Notice of Change (NOC) bagi melaksanakan Program Pembangunan Kemahiran Kolej KEDA. Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM 200,000.00.
Berdasarkan Teras Strategik 1 RMK-11 iaitu meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah dengan menggunakan kaedah meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah B40, Kolej KEDA mengambil inisiatif untuk membangunkan ilmu kemahiran komersial bagi golongan B40 di dalam wilayah KEDA.
Bagi meneruskan kelangsungan peranan KEDA dalam membasmi kemiskinan luar bandar, program ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang berketerampilan, berpengetahuan dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan.
OBJEKTIF
- Memberi maklumat, ilmu pengetahuan dan teknologi kepada masyarakat sasaran dalam pelbagai kegiatan ekonomi.
- Memperbaiki dan mengembangkan kemahiran kumpulan sasar dengan pelbagai bidang pekerjaan dalam kawasan KEDA dan negeri Kedah khususnya.
- Meningkatkan kemahiran dan kecekapan kumpulan sasar untuk peningkatan pendapatan.
- Memberi latihan kemahiran kepada penduduk setempat yang berminat secara perseorangan atau komuniti bagi program pembelajaran sepanjang hayat.
- Memberi input bahan dan alatan untuk tujuan keusahawanan alumni serta Inkubator Kolej KEDA
SKOP DAN KOMPONEN
- Pembangunan Kemahiran untuk komuniti B40 di Kolej KEDA, Sik.
- Pembangunan Kemahiran untuk komuniti B40 di Pusat Latihan Sungai Seluang, Kulim.
- Bayaran Perkhidmatan Pakar.
- Pembangunan Usahawan Alumni.
- pembiayaan kursus.
- bahan dan peralatan perniagaan.
- Pembangunan Usahawan Inkubator.
- bahan dan peralatan perniagaan.
- penyediaan premis inkubator.
- sewaan premis sebagai inkubator.