PROGRAM TRANSFORMASI DESA DAN PENGUPAYAAN KOMUNITI

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program ini telah dilaksanakan sejak awal penubuhan KEDA berikutan keperluan pembangunan modal insan didalam pengupayaan komuniti terutama dengan wujudnya penempatan yang dibangunkan KEDA. Sehingga kini sebanyak 56 penempatan telah dibangunkan yang terdiri daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Perumahan Tradisional dan Perumahan KESBAN. Selain itu, program ini juga melibatkan 444 kampung yang diselaraskan oleh KEDA.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini memfokuskan transformasi desa-desa PPRT KEDA ke arah Desa Perdana yang mempunyai ciri-ciri masyarakat berdaya saing, berilmu dan berdikari.

Selaras dengan pembangunan modal insan bagi pembentukan  masyarakat moden, program ini membantu meningkatkan ekonomi setempat serta membantu meningkatkan keupayaan daya saing komuniti.

SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM

Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PTDPK) memberi tumpuan kepada dua (2) skop utama berikut :

  1. Bantuan Ekonomi / Institusi Pembangunan Luar Bandar
  2. Pembangunan Minda Insan dan Pengajian Sepanjang Hayat