PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA KAWASAN TERBIAR (PSKT) DI BALING, KULIM, BANDAR BAHARU DAN SIK

LATAR BELAKANG PROGRAM

Projek Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT) dilaksanakan selaras dengan Teras 1 RMKe – 11 iaitu ‘Memperkukuhkan Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Saksama’. Program ini menumpukan kepada inisiatif ‘Membangunkan Perusahaan Berasaskan Komuniti dan Sosial’ dimana projek ini merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang bersesuaian serta latihan kepimpinan dan pengurusan dalam membina keupayaan dan kemampuan perusahaan luar bandar.

Fokus utama pembangunan melibatkan kumpulan sasar yang terpinggir, kawasan yang mundur, terpencil dan terbiar yang masih kurang menerima pembangunan secara menyeluruh berbanding kawasan-kawasan sekitarnya. Kawasan yang dipilih terletak dalam wilayah KEDA.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Projek Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT) adalah untuk ‘Meningkatkan Pendapatan dan Kekayaan Isi Rumah B40’ dengan menumpukan kepada inisiatif ‘Membangunkan Perusahaan Berasaskan Komuniti dan Sosial melalui :

  1. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas perusahaan

yang bersesuaian bagi menggerakkan kegiatan ekonomi insitu ;

  1. Mewujudkan aktiviti ekonomi melalui aktiviti pertanian, ternakan, perniagaan,

dan disokong oleh aktiviti ekonomi lain ;

  • Membangunkan modal insan produktif melalui program perubahan sikap dan

minda  iaitu latihan kemahiran.

 

SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM

  1. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas perusahaan yang

bersesuaian ;

  1. Mewujudkan aktiviti ekonomi melalui aktiviti bantuan ekonomi sektor pertanian, ternakan, perniagaan dan disokong oleh aktiviti ekonomi lain seperti menggalakkan pengeluaran produk hiliran ;
  • Melaksanakan program kursus dan latihan bagi pembangunan modal insan melalui program perubahan sikap dan minda.