PROJEK AGROTOURISM PANTAI MOLEK
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2022 sebanyak RM1,500,000.00 telah diperuntukan untuk membangunkan Projek Agrotourism Pantai Molek sebagai Pusat Agro Pelancongan dengan keluasan 13 ekar kerana kedudukannya yang terletak berdekatan Tasik Beris. Kedudukannya yang strategik dapat menarik pelancong untuk menginap dan mempelajari serta menikmati kehidupan semulajadi yang terdapat di situ.
OBJEKTIF
- Menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar di dalam industri pelancongan.
- Meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung.
- Melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa.
- Menyediakan pengalaman unik kepada para pelancong yang berminat untuk mengalami kehidupan serta kebudayaan masyarakat kampung.
- Memajukan industri pelancongan Negara dan Negeri Kedah
SKOP DAN KOMPONEN
1) Pembangunan dari segi infrastruktur melibatkan kerja-kerja membina, menaiktaraf infrastruktur asas dan kemudahan-kemudahan awam melibatkan Chalet, Dorm, Dewan, Pejabat, Tapak Perkhemahan Infrastruktur (Jalan Premix, Longkang, Pagar), Pusat Info/ Jualan Produk-Produk Usahawan KEDA, Extreme Park, Pengangkutan (ATV, Buggy)
2) Pembangunan Projek ekonomi yang melibatkan aktiviti projek Pertanian / Ternakan / Akuakultur di kawasan Agrotourism Pantai Molek, Sik adalah menaiktaraf Ternakan Rusa, Ternakan Kelulut, Kelapa, Kopi, Durian, Nangka Madu, Herba, Landskap.