PROJEK PERTANIAN PETANI LUAR BANDAR (PPLB)

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2022 sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukan di mana penerima bantuan input pertanian, ternakan dan akuakultur yang dilaksanakan di kawasan luar bandar di seluruh Negeri Kedah. Diantara projek-projek yang dilaksanakan adalah projek tanaman pisang, jagung, sayuran, ternakan rusa, kelulut, lembu dan kambing serta ikan.

OBJEKTIF

Objektif Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB) adalah seperti berikut :

  1. Menggalakkan peserta petani, penternak, nelayan, belia dan usahawan-usahawan dan koperasi melibatkan diri dalam projek pertanian, ternakan dan akuakultur secara komersial
  2. Menambah pendapatan petani di kawasan luar bandar

iii)       Membangunkan kawasan tanah terbiar dan kosong dengan aktiviti pertanian,

ternakan dan akuakultur

SKOP DAN KOMPONEN

Skop yang diperlukan untuk melaksanakan Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB) adalah seperti berikut :

  1. i) Bantuan input pertanian
  2. ii) Bantuan peralatan dan mesin pertanian dan Industri Asas Tani

iii) Bantuan kemudahan infrastruktur

  1. iv) Bantuan peralatan dan mesin pertanian dan Industri Asas Tani.
  2. v) Bantuan membaikpulih dan Menaiktaraf tanah-tanah terbiar

vi) Bantuan latihan/ kursus/promosi/ pelaporan dan lawatan