PROJEK MEMBINA DAN MENAIK TARAF TIGA PERSIMPANGAN JALAN BAGI PEMBANGUNAN SUNGAI NAMEK, DAERAH SIK, KEDAH DARUL AMAN

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2021 dengan perancangan kos keseluruhan projek berjumlah RM11,869,000.00. Kawasan tersebut berada di lokasi yang strategik dan semakin mambangun dengan pembinaan jalan pintasan baharu oleh kerajaan Persekutuan yang menghubungkan Felda Teloi Timur serta Felda Teloi Kanan dengan Pekan Batu Lima, Sik. KEDA juga telah membangunkan sebahagian tanah yang keseluruhannya berkeluasan 20.7 ekar dengan pembinaan sebuah pusat pengumpulan dan pemasaran produk IKS serta pertanian bersepadu serta pembangunan 26 unit rumah kedai teres 2 tingkat. Sehubungan itu, kemudahan infrastruktur termasuklah persimpangan jalan di kawasan tersebut dinaiktaraf bagi menyokong dan melengkapkan pembangunan yang telah dijalankan. Kemajuan fizikal yang direkodkan sehingga akhir tahun 2022 adalah 48% dan projek ini dijadualkan siap pada tahun 2023.

OBJEKTIF

  1. Menunaikan syarat Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
  2. Memberi kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selamat.

 

SKOP DAN KOMPONEN

 

  1. Pelebaran dan menaiktaraf jalan.
  2. Bayaran pampasan.

iii.       Pembinaan lampu isyarat, lampu jalan, perabot jalan.

  1. Kerja-kerja tanah.
  2. Bayaran utiliti.
  3. Kos perkhidmatan perunding.

vii.      Kerja lanskap.