PROJEK PEMBANGUNAN KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR DI KOLEJ KEDA SIK/KULIM

LATAR BELAKANG

Dalam tempoh RMKe-12, Kolej KEDA menjalankan fungsinya sebagai sebuah pusat latihan yang menawarkan latihan kemahiran dan pembangunan modal insan kepada belia dan beliawanis. Kolej KEDA sedang berusaha menambah bilangan kursus kemahiran yang dilaksanakan termasuk meningkatkan tahap-tahap kursus kemahiran selaras dengan keperluan pembangunan negara dan pembangunan negeri Kedah.

Peruntukan sejumlah RM 3,000,000.00 telah diluluskan bagi tahun 2022 dalam melaksanakan Projek Pembangunan Kemudahan dan Infrastruktur di Kolej KEDA Sik / Kulim.

OBJEKTIF PROGRAM/ PROJEK

 

  1. Menaiktaraf bangunan lama yang sedia ada bagi memenuh spesifikasi dan piawaian keselamatan pihak teknikal berkaitan.
  2. Memperolehi kelulusan Kebenaran Menduduki (KM) dari pihak teknikal berkaitan bagi memudahkan urusan Permohonan Pentauliahan (SKM) bagi Pusat Berdaftar intitusi kemahiran dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Mendapatkan perolehan tanah untuk penambahan kemudahan dan infrastruktur baru di Kolej KEDA untuk menaiktaraf daripada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) selaras dasar TVET Negara, IR 4.0 dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Menaiktaraf bangunan dan infrastruktur sedia ada serta projek-projek kecil
  2. Kelulusan menduduki dari jabatan teknikal
  • Pembelian / pengambilan tanah
  1. Pembelian / menaiktaraf peralatan bahan dan kelengkapan
  2. Menaiktaraf sistem rangkaian teknologi maklumat