PROGRAM PEMERKASAAN GENERASI PEWARIS (GEN)

LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pemerkasaan Generasi Pewaris (GEN) merupakan program baharu yang akan memberi fokus kepada kumpulan pelajar luar bandar dan belia beliawanis luar bandar dalam aspek pendidikan dan pembangunan  kemahiran bagi membantu meepertingkatkan keupayaan dan daya saing mereka dalam pembangunan negara pada masa kini.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dan jaringan antara agensi kerajaan, institusi dan badan-badan swasta berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Yayasan Pelajar serta pihak swasta.

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Melahirkan generasi pewaris luar bandar yang kompetitif.
  2. Meningkatkan tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran pelajar luar bandar untuk mempertingkatkan keupayaan dan daya saing mereka dalam        pembangunan negara masa kini.
  • Memperluas kemahiran da tahap jati diri belia beliawanis luar bandar dalam aspek pendidikan, keperibadian, sahsiah dan kemahiran diri.

 

SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM

  1. Pembangunan Kecemerlangan Pelajar Luar Bandar :

–         Tuisyen pintar

–         Bengkel Pecutan Akhir Peperiksaan

–         Aktiviti Teknik Belajar dan Menjawab Soalan Peperiksaan

–         Motivasi pelajar dan waris

  1. Program Halatuju Kerjaya :

–         Program / Karnival Peluang Kerjaya Lepasan SPM / STPM

  1. Program Pembangunan Kemahiran dan Jatidiri Belia Luar Bandar :

–         Kursus Kemahiran Belia

–         Program Pemerkasaan Jati Diri Belia