PROJEK PEMBANGUNAN SAWAH DI KAWASAN WILAYAH KEDA
LATAR BELAKANG
Pada tahun 2022, sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukan bagi memulihkan sawah dan tanah terbiar di kawasan-kawasan terpencil selaras dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan, iaitu dengan mempeluaskan industri tanaman padi negara di dalam dan luar kawasan MADA.
OBJEKTIF
- Memulihkan kawasan tanah terbiar untuk tanaman padi atau tanaman yang
bersesuaian dengannya.
- Menaiktaraf infrastruktur di kawasan sawah seperti sistem saliran, jalan pertanian,
pam air dan kemudahan asas yang lain.
- Membina infrastuktur ladang seperti jalan pertanian, titi, pagar serta membina
sistem pengairan dan saliran yang sempurna.
SKOP DAN KOMPONEN
- Membaik pulih kawasan sawah dan tanah terbiar yang meliputi kawasan seluas 4 ekar
- Kerja-kerja pembersihan dan penyediaan kawasan sawah dan tanah terbiar.
- Membaik pulih sistem pengairan dan perparitan seperti pintu kawalan air dan tandop.
- Menyediakan input pertanian seperti benih, peralatan/mesin, baja dan racun.
- Menyediakan latihan/kursus dan lawatan.