PROJEK AGROTOURISM PANTAI MOLEK

LATAR BELAKANG

Projek Kemsite Pantai Molek, Sik ini telah dibangunkan pada tahun 2014 dengan keluasan 60 ekar dan mempunyai tanaman getah. Projek ini dilihat sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai Pusat Agro Pelancongan dengan keluasan 300 ekar kerana kedudukannya yang terletak berdekatan Tasik Beris. Kedudukannya yang strategik dapat menarik pelancong untuk menginap dan mempelajari serta menikmati kehidupan semulajadi yang terdapat di situ.

 

OBJEKTIF

  1.  Menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar di dalam industri pelancongan
  2. Meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung
  3. Melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa
  4. Menyediakan pengalaman unik kepada para pelancong yang berminat untuk mengalami kehidupan serta kebudayaan masyarakat kampung
  5. Memajukan industri pelancongan negara dan negeri Kedah.

 

SKOP DAN KOMPONEN

Membina dan menaiktaraf infrastruktur asas dan kemudahan-kemudahan awam serta menjalankan aktiviti pertanian / ternakan / akuakultur di kawasan Agrotourism Pantai Molek, Sik.