PROGRAM INSENTIF PENINGKATAN USAHAWAN TERAMPIL (INPUT)

LATAR BELAKANG

Program Insentif Peningkatan Usahawan Terampil (INPUT) adalah program yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran produk. Melalui program ini, bantuan mesin akan diberikan kepada usahawan bagi meningkatkan kadar pengeluaran produk serta meningkatkan pendapatan mereka. Pemilihan usahawan adalah dari kalangan mereka yang  mengeluarkan produk dengan menggunakan kaedah tradisional atau manual dan  mempunyai ketergantungan tinggi kepada tenaga pekerja.

Seiring dengan kemajuan dalam pengeluaran, usahawan juga akan didedahkan dengan konsep coaching dan mentoring dalam menguruskan perniagaan. Transfer of knowledge melalui kaedah ini dilihat lebih berkesan kerana terdapat bimbingan berterusan bagi memastikan ilmu yang dipelajari dapat dipraktikan dalam perniagaan dan seterusnya mewujudkan suatu bentuk pengurusan yang bersistematik dan berkesan.

 

OBJEKTIF

  1. Membantu meningkatkan volume pengeluaran bagi produk usahawan luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan di pasaran sebagai produk komersial
  2. Menyediakan khidmat bimbingan dan nasihat keusahawanan melalui coaching dan mentoring bagi memastikan transfer of knowledge yang berlaku dipraktikkan secara berkesan

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Meningkatkan kapasiti pengeluaran produk usahawan melalui bantuan mesin dan peralatan
  2. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat melalui coaching dan mentoring keusahawanan kepada usahawan luar bandar

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berdaftar SSM dan dalam tempoh sah laku
  3. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan di dalam Wilayah KEDA
  4. Pemohon yang mempunyai premis perniagaan/ bengkel operasi diberikan keutamaan
  5. Terbuka kepada perniagaan makanan & minuman, gaya hidup, kesejahteraan, pencetakan & ICT

 

CARA MEMOHON

  1. Permohonan melalui https://spbk.keda.gov.my
  2. Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SSM
  • Rancangan Perniagaan yang meliputi:
    – Latar Belakang Syarikat
    – Latar Belakang Pemilik
    – Penyata Kewangan Syarikat
    – Gambar Premis dan Produk Syarikat
    – Sebutharga dan gambar Mesin/Peralatan yg hendak dimohon (INPUT)