PROGRAM PENJENAMAAN PRODUK USAHAWAN DI WILAYAH KEDA (JENAMA)

LATAR BELAKANG

Program Penjenamaan Produk Usahawan di Wilayah KEDA (JENAMA) adalah program yang membantu usahawan luar bandar dalam pembangunan dan pemasaran produk yang dihasilkan di seluruh Negeri Kedah selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Teras 2 : Keusahawanan iaitu KU 3: Membangun Produk Dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian (E-commerce)

Melalui program ini produk usahawan luar bandar yang berpotensi akan disuntik dana melalui peningkatan kualiti pembungkusan dan pelabelan dalam usaha membantu bersaing dengan produk–produk yang berjenama di pasaran. Setiap produk yang telah dinaik taraf dari segi pembungkusan akan diberi peluang promosi dan pemasaran secara online dan offline.

 

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan medium promosi produk usahawan luar bandar melalui visual iaitu reka bentuk, warna, lukisan dan grafik yang dapat menarik perhatian pelanggan
  2. Memperkenalkan identiti syarikat melalui logo, jenama dan tagline yang digunakan dalam branding bagi mewujudkan brand visibility di pasaran
  3. Meningkatkan kualiti pembungkusan dan pelabelan produk usahawan luar bandar dari segi paparan maklumat produk seperti nutrition facts, barcode, bahan, tarikh luput.

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Menaiktaraf kualiti pembungkusan dan pelabelan produk usahawan luar bandar melalui reka bentuk yang memenuhi permintaan pasaran serta cetakan pertama pembungkusan baru
  2. Menyediakan peluang pemasaran secara online dan offline bagi meluaskan jaringan perniagaan produk usahawan luar bandar dengan lebih berkesan

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berdaftar SSM dan dalam tempoh sah laku
  3. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 12 bulan dan di dalam Wilayah KEDA
  4. Pemohon yang mempunyai premis perniagaan/ bengkel operasi diberikan keutamaan
  5. Terbuka kepada perniagaan makanan & minuman, gaya hidup, kesejahteraan, pencetakan & ICT

 

CARA MEMOHON

  1. Permohonan melalui https://spbk.keda.gov.my
  2. Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan SSM
  • Rancangan Perniagaan yang meliputi:
    – Latar Belakang Syarikat
    – Latar Belakang Pemilik
    – Penyata Kewangan Syarikat
    – Gambar Premis dan Produk Syarikat
    – Gambar dan Material pembungkusan yang hendak dimohon (JENAMA)