PROGRAM KEUSAHAWANAN WANITA DI WILAYAH KEDA (WOMEN BIZ ENTREPRENEURSHIP)

LATAR BELAKANG

Women Biz Entrepreneurship adalah program yang memberi peluang kepada kelompok wanita di luar bandar yang menunjukkan kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan keusahawanan sebagai sumber pendapatan.

Women Biz Entrepreneurship merangkumi program bantuan secara berkelompok dalam membantu golongan sasar menguruskan sesebuah organisasi perniagaan secara bersistematik dan seterusnya membentuk menjadi business owner yang berdaya saing.

 

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan taraf ekonomi setempat melalui platform keusahawanan kepada wanita
  2. Menyediakan pengetahuan serta teknik pemasaran yang terkini kepada kelompok usahawan wanita
  3. Memperkasakan industri produk luar bandar yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pasaran yang lebih luas melalui penyertaan golongan wanita

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Menyediakan skim bantuan mesin dan peralatan secara berkelompok bagi memenuhi keperluan pengeluaran dan pemasaran
  2. Menaiktaraf premis bagi memenuhi kehendak pengeluaran
  3. Menyediakan siri latihan/ kursus dan promosi pemasaran yang komprehensif bagi membolehkan produk dapat dipasarkan

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Wanita berumur 18 tahun dan keatas
  2. Setiap kelompok mempunyai 4 orang wanita
  3. Berdaftar SSM secara Perkongsian/ Sdn. Bhd.
  4. Kawasan Operasi Perniagaan di dalam Wilayah KEDA atau luar bandar
  5. Terbuka kepada perniagaan baru atau perniagaan sedia ada

 

CARA MEMOHON

Ketua Projek perlu menyediakan kertas cadangan projek yang meliputi Rancangan Perniagaan lengkap bagi memulakan atau mengembangkan sesuatu perniagaan. Rancangan Perniagaan beserta Cover Letter boleh dihantar ke:

Pusat Pembangunan Usahawan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
KM 17.5 Lebuhraya Utara Selatan,
Pekan Napoh,
06000 Jitra, Kedah
No. Telefon : 04-9179520