PROJEK INTEGRASI PEMBANGUNAN KAWASAN TERPILIH (PIKAT)

LATAR BELAKANG

 Projek ini telah diluluskan pelaksanaan bermula RMKe-12 bagi memenuhi teras-teras utama agenda Kerajaan dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur yang inklusif, mampan dan holistik serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di Negeri Kedah.

 

OBJEKTIF

  1. Membantu meningkatkan pendapatan individu dengan input bantuan ekonomi dalam mengembangkan perniagaan bagi mengukuhkan pendapatan isi rumah
  2. Membantu membangunkan modal insan melalui program  kemajuan diri dan kerjaya
  3. Membantu menyediakan bantuan kemudahan infrastruktur perniagaan dan berkaitan yang bersesuaian.

 

SKOP DAN KOMPONEN

  1. Mesin dan Peralatan
  2. Kursus / Latihan berkaitan Keusahawanan
  3. Penyediaan Premis Perniagaan / Kemudahan Asas

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Penduduk dalam kategori pendapatan B40/ miskin tegar (KIR/ SR/ AIR) di Wilayah KEDA yang terdiri daripada:
  • Usahawan bumiputera atau usahawan tani
  • Berpengalaman dan mempunyai asas dalam aktiviti perniagaan / perkhidmatan / pertanian / penternakan
  • Wajib menjalani Kursus Persediaan / Latihan Pra-Pelaksanaan Projek yang dianjurkan KEDA.

 

CARA MEMOHON

  1. Pemohon perlu mengemukakan Surat Rasmi Permohonan Bantuan Peralatan  ke Pejabat KEDA Zon di daerah yang didiami dan melampirkan senarai mesin / peralatan, kad pengenalan dan lampiran lain yang berkaitan
  2. Borang Permohonan dan dokumen berkaitan akan diberikan kepada pemohon untuk diisi dan mengemukakan kembali kepada Pejabat KEDA Zon di daerah didiami
  3. Siasatan akan dijalankan oleh Pegawai KEDA ke premis pemohon bagi tujuan pengesahan perniagaan