PEMANTAUAN PROJEK DI LANGKAWI OLEH KKDW

LANGKAWI – Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagiannya, YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin telah mengadakan pemantau an projek di sini.
Lawatan pemantauan ini adalah berkaitan projek Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang terdapat di sana.
Dua projek telah dipilih iaitu Projek Pembinaan Industri Sosio Ekonomi KEDA (KESOC) dan Program Insentif Peningkatan Usahawan Terampil (INPUT).
Dua usahawan INPUT telah dilawati iaitu usahawan pembuatan seramik dan usahawan dan pembuatan gamat serta herba.
Antara pegawai KEDA yang turut bersama delegasi Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan KKDW ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Usahawan, Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi, Jurutera KEDA, Encik Muhammad Faiz Helmi bin Shukri dan Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langkawi, Encik Othman bin Hashim.