RAJA MUDA KEDAH MENCEMAR DULI BERANGKAT KE KEDA RESORT BENDANG MAN

SIK – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terutama anak syarikatnya, KEDA Resort and Holidays berasa tuah apabila Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah telah mencemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Program Pengukuhan Jati Diri dan Motivasi Murid Kalendar Akademik 2023/2024 di sini.
Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ini telah disertai oleh lebih 500 orang murid dari hampir 200 buah sekolah dari seluruh pelusuk negeri.
Program ini bertujuan bagi memperkasa murid dengan kepimpinan unggul dan berminda positif dan melibatkan 7 siri program.
Program ini telah dijalankan di salah sebuah lokasi pelancongan dibawah pengurusan anak syarikat KEDA yang sudah semestinya menyajikan keseronokan berkursus kepada murid.
KEDA Resort Bendang Man ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti penginapan, dan aktiviti berasaskan semulajadi yang sesuai untuk peningkatan jati diri murid.
Selain itu, pihak resort ada menyajikan aktiviti terbaru iaitu menaiki ATV dalam kawasan mencabar di sekitar resort.
Hadir mewakili KEDA ke majlis ini adalah Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Tuan Syed Muhammad Adam bin Syd Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif KEDA Holdings Sdn. Bhd., Encik Muhammad Syakir Zufairi bin Radziyuddin.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato’ Seri Norizan bin Khazali, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Ismail bin Othman dan Pegawai Daerah Sik, Encik Mahamad Suhaimi bin Man.
Semoga semua peserta menggunakan pengalaman dan ilmu yang diperolehi ini untuk peningkatan kehidupan serta berusaha demi bangsa, agama dan negara Malaysia Madani tercinta.