MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PENGUKUHAN DIRI DAN MOTIVASI MURID

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff telah hadir mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah bagi mencemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Program Pengukuhan Jati Diri dan Motivasi Murid di KEDA Resort Bendang Man, Sik.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang dijalankan di salah sebuah lokasi pelancongan di bawah pengurusan anak syarikat KEDA.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Ismail bin Othman dan Pegawai Daerah Sik, Encik Mahamad Suhaimi bin Man.