PEJABAT KEDA ZON 8, KOTA SETAR/KUBANG PASU PERKASA KEPIMPINAN 4P DESA-DESA KEDA

LANGKAWI – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Pejabat KEDA Zon 8, Kota Setar/Kubang Pasu mengambil inisiatif memantapkan Jawatankuasa Pasukan Perancang, Pelaksana Program (4P) dalam menjalankan kepimpinan di peringkat kampung.
Inisiatif itu dilakukan melalui penganjuran Program Pengurusan dan Pemantapan 4P, diadakan di Penarak Bamboo Resort, Langkawi.
Ia bertujuan menyuntik semangat kerjasama dan kekuatan antara jawatankuasa dalam mentadbir kampung Desa KEDA.
Program ini melibatkan seramai 60 kepimpinan 4P dari 5 Desa KEDA, antaranya Desa KEDA Wang, Desa KEDA Pochan, Desa KEDA Wang Tepus, Desa KEDA Malau dan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut serta kakitangan dari Pejabat KEDA Zon 8.
Antara aktiviti yang diadakan slot motivasi, pengurusan program, panduan penyediaan kertas kerja, penulisan minit mesyuarat, penyediaan surat menyurat dan pengurusan kewangan.
Dalam program itu, peserta juga dilatih dalam pengurusan program, acara dan pengucapan awam ke arah melahirkan jawatankuasa 4P yang mahir dan berketrampilan.
Turut dibincangkan iaitu perancangan program dan projek bagi tahun 2024.
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Hadir sama menjayakan program Pengawai Pembangunan Zon 8, Encik Muhammad Ramlan bin Jaafar.
Besar harapan KEDA semoga kursus ini memberi pendedahan kepada peserta untuk terus maju dalam usaha mensejahterakan penempatan Desa KEDA masing-masing.