17 BARISAN HADAPAN KESELAMATAN KEDA SERTAI KURSUS OKK

ALOR SETAR – Seramai 17 kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang dilantik sebagai barisan hadapan keselamatan KEDA telah mengikuti kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di Balai Bomba, Jalan Tun Abdul Razak, di sini semalam.
Kursus yang diadakan selama 3 hari itu bertujuan memberikan pengetahuan asas kepada pegawai-pegawai yang dilantik sehingga mereka mampu menjalankan tanggungjawab sedia ada dengan betul ketika situasi kecemasan berlaku.
Program ini disempurnakan oleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Puan Hajah Afifah binti Omar.
Pada perasmian itu, Puan Hajah Afifah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Jabatan Bomba Negeri Kedah kerana sudi berkolaborasi dalam menjayakan Program Keselamatan dan Pertolongan Cemas di KEDA pada tahun ini.
Menurutnya, kursus ini merupakan kursus yang kedua pihak KEDA bersama bomba sebagai usaha KEDA bagi memenuhi kriteria-kriteria persijilan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang ditetapkan.
Beliau juga menekankan pentingnya bagi semua kakitangan untuk memahami peranan masing-masing dalam keadaan kecemasan atau bencana dan bersedia memberikan pertolongan jika diperlukan.
Peserta turut didedahkan mengenai Organisasi Keselamatan Kebakaran, Mengenal peralatan dan Perkakasan Kebombaan, Teminologi Kebakaran, Asas Pencegahan Kebakaran, Good Housekeeping, Pengugsian Banggunan, Tali Pandu dan Bekerja Dalam Gelap, Asas Perawatan Perubatan, Teori dan Praktikal Tatatcara Menyelamat Mangsa, Teori dan Praktikal Tatacara Membawa dan Membentang Hos, Teori dan Praktikal Alat Pemadam Api dan Kawad Praktikal.