KEDA TERIMA PENGHARGAAN SEMPENA KUD@PUTRAJAYA 2023

BANGI – Terima kasih. Inilah ungkapan penghargaan yang diucapkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kepada semua agensi yang terlibat dalam Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya termasuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
KEDA adalah merupakan salah sebuah agensi di bawah KKDW yang hadir bagi sama-sama bantu memeriahkan sambutan KUD@Putrajaya 2023 yang berlangsung bermula 22 November 2023 sehingga 26 November 2023 di Anjung Floria, Putrajaya.
KEDA menerima sijil penghargaan dan piala Anugerah Tarikan Pengunjung Paling Unik dan penghargaan ini diterima sendiri oleh Pengurus Besar, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff.
Antara kenamaan yang hadir adalah Timbalan Menteri KKDW, Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang dan Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun.
Antara pegawai KEDA yang turut hadir pula adalah Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Cik Hajah Afifah binti Haji Omar, Pengurus Perancangan Pemantauan dan Penilaian, Encik Elias bin Hassan, Pengurus Niagatani, Encik Sulaiman bin Mohd Noor dan Pengarah Kolej KEDA, Encik Che Ridzuan bin Mohamad Isa.
Selain penyerahan sijil penghargaan dan piala, tetamu turut disajikan dengan persembahan dari Boria Ommara, Pulau Pinang dan artis popular tanah air iaitu Ezad Lazim.
KEDA terlibat dalam KUD@Putrajaya 2023 melalui reruai pameran agensi, Pavilion Ruraltourism, Pavilion Usahawan, Pavilion Cita Rasa Desa dan Laman Ternakan.