PROGRAM SUKAN BELIA BERSAMA KOMUNITI DESA KEDA WANG TOK RENDONG, LANGKAWI ANJURAN KELAB BELIA DESA KEDA WANG TOK RENDONG

LANGKAWI – Kelab Belia Desa KEDA Wang Tok Rendong bergerak aktif dengan menganjurkan Program Sukan Belia Bersama Komuniti Desa KEDA Wang Tok Rendong.
Kelab belia ini baru ditubuhkan dan didaftarkan pada dua bulan yang lalu melalui Kursus Asas Penubuhan Persatuan/Kelab Belia yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Komuniti, KEDA.
Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff berkesempatan menyantuni belia-belia Desa KEDA Wang Tok Rendong dan merasmikan program dengan gimik penyerahan bola tampar kepada ketua pasukan.
Dalam ucapan, beliau menyeru kepada belia-belia dan seluruh komuniti agar meneruskan aktiviti seperti ini supaya dapat mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Program ini berakhir pada sebelah malamnya dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada seluruh pasukan yang mengambil bahagian.
Pengurus Besar diiringi oleh Pegawai Pembangunan KEDA Zon 1, Langakwi, Encik Othman bin Hashim.