KAKITANGAN KEDA RASAI PENGALAMAN NAIK JENTERA BOMBA

ALOR SETAR – 17 kakitangan Lembaga Kemajuan Wilayah KEDA (KEDA) yang dilantik sebagai barisan hadapan keselamatan KEDA dapat merasai pengalaman berharga menaiki jentera bomba di Balai Bomba, Jalan Tun Abdul Razak, di sini.

Pengalaman itu dirasai pada hari kedua Kursus Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di bawah subjek Tatacara Menyelamat Mangsa dan Tatacara Membawa dan Membentang Hos.

Semua peserta yang menghadiri kursus ini memanfaat sepenuhnya masa dan peluang yang diberikan dengan menaiki jentera bomba, seterusnya mencuba pelbagai peralatan dan perkakasan kebombaan.

Pelbagai aspek dari prosedur keselamatan hingga teknik pengendalian diterangkan dengan teliti oleh Pegawai Bomba yang mengendalikan kursus itu.

Pengalaman ini tidak hanya memberikan pemahaman mendalam kepada kakitangan KEDA mengenai operasi jentera bomba tetapi memberi pengetahuan dan meningkatkan kecekapan barisan hadapan keselamatan KEDA berhadapan situasi kecemasan.

Keseluruhan, penglibatan kakitangan KEDA dalam kursus ini mencerminkan komitmen mereka terhadap keselamatan dan kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas-tugas kecemasan.

#LembagaKemajuanWilayahKedah
#KEDA
#mensejahterakanluarbandar