Berita

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN BELIA DESA KEDA KUBANG KENYENG

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN BELIA DESA KEDA KUBANG KENYENG

PADANG TERAP– Majlis Perasmian Penubuhan Persatuan Belia Desa KEDA Kubang Kenyeng telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini, bertempat di Dewan Desa KEDA Kubang Kenyeng, di sini.
Majlis yang diadakan bertujuan merasmikan penubuhan persatuan belia kampung tersebut serta mengukuhkan jaringan kerjasama belia setempat bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
Seramai 50 orang belia dari kawasan sekitar hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Belia Daerah Padang Terap, Encik Muhammad Jasnizam bin Muhamad Husni, Pegawai Pembangunan KEDA Zon 2 Padang Terap, Encik Shahurin bin Md Isa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Encik Mohamad Sallehuddin bin Abd. Rahman, serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, Encik Wan Syahrin bin Ali.
Turut hadir menjayakan majlis ialah Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Perancang dan Pelaksana (4P) Desa KEDA Kubang Kenyeng, Encik Shafie bin Awang, Pengerusi Persatuan Belia Desa KEDA Kubang Kenyeng, Encik Muhammad Aidil Akmal bin Md Saad, serta Penyelia Kampung Desa KEDA Kubang Kenyeng, Encik Mohamad Abdul Khalil bin Abdullah.
Penubuhan persatuan ini diharap dapat menjadi landasan kukuh kepada golongan belia dalam melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan komuniti, selain menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif sosial, ekonomi dan kerohanian di peringkat desa.
Semoga kewujudan persatuan ini menjadi pemacu kepada pelaksanaan program-program bermanfaat yang mampu memperkasakan belia serta menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
TAKLIMAT PEMATUHAN SEKSYEN 17A, AKTA SPRM 2009 DI KEDA

TAKLIMAT PEMATUHAN SEKSYEN 17A, AKTA SPRM 2009 DI KEDA

ALOR SETAR – Unit Integriti dan Perundangan dengan kerjasama KEDA Holding Sdn. Bhd telah menganjurkan Taklimat Pematuhan Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada pegawai-pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), bertempat di Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Taklimat khas ini melibatkan kehadiran pegawai dari pelbagai bahagian dan unit di KEDA termasuk Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat KEDA, dengan objektif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peruntukan Seksyen 17A serta memastikan tahap pematuhan yang tinggi dalam urusan pengurusan dan pentadbiran organisasi.
Hadir sama Timbalan Pengurus Besar KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan KKDW dan Lembaga Pengarah KEDA Holding, Puan Rafea’ah binti Haji Nahar, Pengurus Besar Kumpulan KEDA Holdings, Encik Muhammad Syakir Zufairi bin Radziyuddin,
Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pengarah KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Ahli Lembaga Pengarah KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Puan Syakirah binti Md Nor, Pengurus KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Encik Mohd Syazwan Najmi bin Fadzilah, Lembaga Pengarah KEDA Agrobiz Sdn Bhd, Puan Zuraida binti Mohd Jalal, Pengurus KEDA Agrobiz Sdn Bhd, Encik Zulfadzli bin Abdullah Halim.
Bagi pihak KEDA Resort and Holiday Sdn. Bhd, yang hadir adalah pengerusinya, Dato’ Muhammad Khizri bin Abu Kassim, Lembaga Pengarah KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd, Encik Julnain bin Abdul dan Pengurus KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd, Puan Zaatulhusna bin Zulkifli.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Akademik Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Encik Erfieza bin Mujeini dan turut disertai oleh peguam profesional merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Dato’ Dr. Aswandy bin Haji Mohamed Hashim.
Menurut penganjur, taklimat ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik warga kerja KEDA mengenai tanggungjawab undang-undang serta memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam organisasi.
Para peserta juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penceramah menerusi sesi soal jawab yang diadakan.
Program diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta serta sesi bergambar kenangan.
PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI RINGANKAN BEBAN PENDUDUK DESA KEDA CHE BEMA

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI RINGANKAN BEBAN PENDUDUK DESA KEDA CHE BEMA

SUNGAI JAGUNG – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN) dengan kerjasama Pejabat KEDA Zon 7 Kuala Muda/Yan dan Pengurusan Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) Desa KEDA Che Bema telah berjaya menarik perhatian penduduk setempat apabila menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran.
Program yang dilaksanakan di bawah inisiatif Payung RAHMAH ini menawarkan penjimatan antara 10% hingga 30% berbanding harga biasa di pasaran tempatan. Antara barangan keperluan yang mendapat sambutan hangat termasuk minyak masak paket 1 kilogram, beras 10 kilogram, telur, dan sardin.
Menurut wakil penduduk, program ini amat membantu meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar dan mereka turut menzahirkan rasa syukur kerana barangan kawalan bukan sahaja ditawarkan dengan harga murah, malah mudah didapati serta cepat habis dijual berikutan permintaan yang tinggi.
Pejabat KEDA Zon 7 Kuala Muda/Yan dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa program seperti ini akan diteruskan secara berperingkat di kawasan-kawasan Desa KEDA yang lain, khususnya di daerah Kuala Muda dan Yan, sebagai salah satu usaha mendokong aspirasi Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
PENYERAHAN BANTUAN PIKAT DAN PPRS PARLIMEN MERBOK BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN SASAR

PENYERAHAN BANTUAN PIKAT DAN PPRS PARLIMEN MERBOK BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN SASAR

KUALA MUDA – Pejabat KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan telah menganjurkan sesi penyerahan Bantuan Ekonomi Projek Integrasi Pembangunan Kawasan Terpilih (PIKAT) dan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di sekitar Parlimen Merbok yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA Properties and Management Sdn. Bhd., YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainal Abidin.
Sesi dimulakan dengan lawatan dan pemantauan projek PPRS melibatkan rumah baik pulih di Kampung Nelayan Tanjong Dawai, diikuti penyerahan rumah baharu PPRS kepada penerima di Kampung Sungai Pial, Bedong.
Program PPRS merupakan inisiatif Kerajaan menerusi KEDA dalam usaha membasmi kemiskinan luar bandar dengan menyediakan bantuan pembinaan baharu dan baik pulih rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar agar mereka memiliki kediaman yang lebih selamat dan selesa.
Sebagai tanda keprihatinan, pihak KEDA turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada tiga penerima bantuan PPRS.
Program diteruskan dengan sesi penyerahan bantuan ekonomi PIKAT kepada tiga penerima terdiri daripada usahawan kecil yang menjalankan perniagaan bakeri, yong tau fu dan nasi ayam.
Bantuan ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan isi rumah melalui sokongan input perniagaan serta penyediaan kemudahan infrastruktur bersesuaian bagi mengukuhkan aktiviti ekonomi penerima.
Turut hadir menjayakan program ialah Pengurus Hartanah dan Prasarana KEDA, Encik Mohd Elias bin Hassan, serta Penolong Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohamad Nasri bin Ahmad Shukri.
Rata-rata penerima meluahkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), KEDA dan Kerajaan Persekutuan atas kelulusan permohonan mereka dan para penerima bantuan PIKAT turut menyatakan komitmen untuk mengembangkan perniagaan masing-masing dan membantu peniaga kecil lain pada masa akan datang.
LAWATAN KERJA KSU KKDW KE KEDA TINJAU PROJEK PUSAT KEMUDAHAN PERNIAGAAN (PKPK) KOTA SETAR

LAWATAN KERJA KSU KKDW KE KEDA TINJAU PROJEK PUSAT KEMUDAHAN PERNIAGAAN (PKPK) KOTA SETAR

ALOR SETAR – Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Muhd. Khair Razman bin Mohamed Annuar telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) hari ini.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Turut hadir dalam lawatan ini adalah Setiausaha Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Encik Azman bin Kassim dan Setiausaha Kemajuan Tanah dan Wilayah, Encik Rezal bin Haji Zaidi serta Pengarah KKDW Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Encik Fakhrulradzi bin Salamat.
Lawatan kerja ini dimulakan dengan taklimat khas berkenaan projek pembangunan Pusat Kemudahan Perniagaan KEDA (PKPK) Kota Setar, diikuti dengan sesi lawatan tapak projek yang terletak bersebelahan Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Sesi taklimat turut memaparkan pembentangan slaid berkaitan perkembangan projek serta penerangan teknikal yang diberikan oleh pasukan teknikal JKR dan syarikat pelaksana projek
Mesyuarat rasmi yang membincangkan status pelaksanaan dan perancangan projek PKPK Kota Setar turut dipengerusikan oleh YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Pegawai lain yang hadir adalah Juru Ukur Bahan Penguasa Pengurusan Projek 5, Sr. Hanawati binti Hashim, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah, Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Jurutera Daerah JKR Kota Setar, Ir. Isnil Badril bin Ismail, Ketua Jurutera Elektrik JKR Negeri Kedah, Ir. Amalina binti Taib, dan Juru Ukur Bahan Daerah, Encik Mohd. Izzat bin Zulkurnain.
Pasukan Pengawas Projek serta Kontraktor Utama Projek turut bersama dalam sesi lawatan dan tinjauan teknikal tersebut bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai kemajuan dan keperluan semasa projek berkenaan.
Lawatan ini mencerminkan komitmen tinggi KKDW dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan luar bandar di bawah KEDA dapat berjalan lancar dan menepati sasaran serta memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.
PERSEMBAHAN KEDA DAN KESEDAR MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KKDW 2025

PERSEMBAHAN KEDA DAN KESEDAR MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KKDW 2025

PUTRAJAYA – Majlis Perhimpunan Bulan Mei Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 diserikan dengan persembahan istimewa daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang berjaya mencuri tumpuan para hadirin di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya hari ini.
Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi itu turut menyaksikan kehadiran ramai tetamu kenamaan serta warga kerja KKDW dan agensi-agensi di bawahnya.
Aktiviti persembahan agensi sempena perhimpunan bulanan KKDW ini membuka tirainya dengan KEDA yang mengetengahkan Teater Tradisional Jikey KEDA.
Teater ini sangat popular di Langkawi dengan turut dimainkan di Thailand yang mencerminkan keindahan perpaduan dan budaya di negeri Kedah.
Menariknya mengenai persembahan KEDA apabila menerima kedatangan Pengerusinya, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom sebagai penampilan khas persembahan agensi ini.
Seterusnya, persembahan diteruskan dengan agensi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang menampilkan kisah kehidupan peneroka menghidupkan suasana majlis dengan semangat kecintaan terhadap tanah air dan komuniti luar bandar.
Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid menekankan beberapa perkara utama termasuk pewujudan jadual prestasi bulanan yang komprehensif dan telus, berlandaskan data serta mempergiatkan sesi libat urus bersama komuniti dan pemegang taruh KKDW.
Beliau turut menggariskan hala tuju pembangunan belia desa, dengan menekankan kepentingan melahirkan generasi muda yang celik digital, berpendidikan, memiliki kemahiran teknikal serta berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa kini.
Seterusnya Hab Gig Desa yang membuka peluang pekerjaan baharu serta melahirkan Duta Belia Desa yang menjadi suara generasi baru serta terbinanya Program Pertukaran Belia Desa ASEAN untuk menimba ilmu dan pengalaman di pentas antarabangsa dan penglibatan semua agensi dibawah KKDW melalui satu platform atau Jawatankuasa untuk mencapai misi Belia Desa Malaysia.
TPM LANCAR PROGRAM TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 4.0 DAN SERAH WATIKAH PERTUBUHAN BELIA DESA KEDA

TPM LANCAR PROGRAM TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 4.0 DAN SERAH WATIKAH PERTUBUHAN BELIA DESA KEDA

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi hari ini melancarkan Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA 4.0 sempena Majlis Perhimpunan Bulan Mei KKDW 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa inisiatif ini diyakini mampu melahirkan generasi desa yang lengkap dengan ilmu rohani dan kemahiran teknikal, sekali gus berdaya saing dalam landskap pembangunan negara.
“Program ini bukan sahaja melengkapkan pelajar tahfiz dengan kemahiran TVET, malah menjadi landasan memperkasa belia luar bandar sebagai aset strategik negara,” ujar beliau.
Pada majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan Watikah Penubuhan Belia Desa KEDA, yang menyasarkan penglibatan aktif golongan belia luar bandar dalam pembangunan komuniti.
Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khairul Razman bin Mohamed Annuar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom, Pengurus Besar KEDA, Puan Hajah Afifah binti Haji Omar serta ketua jabatan dan agensi dibawah KKDW.
Program Tahfiz TVET@Kolej KEDA yang bermula sejak tahun 2022 hingga 2025 melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM520,000, dengan penyertaan seramai 262 pelajar dari 40 Pusat Tahfiz terpilih di negeri Kedah.
Bagi fasa keempat program tahun ini, sejumlah RM175,000 diperuntukkan melibatkan penyertaan 110 pelajar dari 20 Pusat Tahfiz, dengan sesi latihan dijadualkan bermula pada Julai 2025.
——————————-
📸 Gambar-gambar aktiviti ini boleh didapati melalui pautan berikut;
——————————-
PROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI KEDA ZON 9

PROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI KEDA ZON 9

BANDAR BAHARU – Semangat kerjasama dan muafakat dalam kalangan penduduk Desa-Desa KEDA Daerah Bandar Baharu terserlah dalam Program Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran Pejabat KEDA Zon 9 yang berlangsung semalam.
Program yang dihadiri kira-kira 500 orang ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah istimewa hasil air tangan penduduk dari setiap Desa KEDA terlibat.
Antara menu yang disediakan ialah Nasi Hujan Panas, gulai daging, kambing kurma, ayam masak merah dan air minuman oleh Desa KEDA Leret. Laksa oleh Desa KEDA Permatang Pasir, serta mee kari, pulut hitam dan serawa labu oleh Desa KEDA Sungai Kechil Ilir.
Tidak ketinggalan, Desa KEDA Sungai Salleh menyajikan bihun goreng, kuey teow goreng dan ais kacang, Desa KEDA Sungai Tengas dengan cucur udang dan apam balik, manakala Desa KEDA Sungai Buluh menyediakan lemang, ketupat dan gulai ayam manakala Pusat Komuniti Desa pula menyumbang pencuci mulut seperti ais krim Malaysia, dadih dan buah-buahan.
Program bertambah meriah dengan persembahan buskers yang menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung.
Pertandingan keceriaan gerai/booth jamuan Hari Raya turut diadakan bagi memeriahkan suasana, di mana Desa KEDA Sungai Salleh telah dinobatkan sebagai Gerai Paling Kreatif, diikuti Desa KEDA Leret sebagai Gerai Paling Cantik. Desa KEDA Permatang Pasir pula memenangi kategori Gerai Paling Sporting, sementara Gerai Paling Gempak dimenangi oleh Desa KEDA Sungai Tengas dan Gerai Paling Ayu menjadi milik Desa KEDA Sungai Kechil Ilir.
Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan Pejabat KEDA Zon 9, malah memupuk semangat gotong-royong dan kebersamaan dalam komuniti luar bandar.
JUALAN KASIH KEDA MADANI SEMAKIN DIKENALI RAMAI

JUALAN KASIH KEDA MADANI SEMAKIN DIKENALI RAMAI

KULIM – Program Jelajah Jualan Kasih KEDA MADANI yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) semakin dikenali ramai dan menjadi program yang dinanti-nantikan penduduk di Kedah.
Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom berkata program jualan kasih KEDA MADANI semakin dikenali ramai selepas penganjuran di tujuh daerah sejak tahun lalu.
“Jualan Kasih KEDA Madani dirintis bermula Januari 2024 di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Alor Setar, kemudian siri jelajah diteruskan di Pejabat Zon 4 Sik, Desa KEDA Singkir Badong, Yan dan Pejabat Bahagian Pembangunan Usahawan, Napoh, Jitra.
“Inisiatif tersebut diteruskan pada tahun ini di Pejabat Zon 5, Baling pada Februari lalu diikuti di Dewan Pusat Kegiatan Ekonomi, Kampung Guar Lobak di Padang Serai, di sini.
Menurutnya, KEDA telah memperuntukkan kira-kira RM225,789 untuk menganjurkan Program Jelajah Jualan Kasih KEDA Madani untuk tujuh lokasi termasuk daerah Padang Terap yang bakal diadakan sekitar Jun atau Julai depan.
“Kira-kira 4,000 hingga 5,000 orang akan datang ke setiap Jualan Kasih KEDA Madani yang dianjurkan, ada yang sanggup datang dari jauh dengan membawa ahli keluarga dan rakan bersama,” katanya.
Jelasnya, KEDA menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) mengadakan jualan berkenaan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah.
Hadir sama ialah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar; Pengarah FAMA Kedah, YBrs. Encik Shaiful Azhar bin Zolkipli dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, YBrs. Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Sementara itu, beliau berkata, kos keseluruhan bagi program berkenaan yang diadakan di Kulim pada semalam adalah sebanyak RM32,255.60.
“Maklum balas yang kita terima daripada orang ramai sangat baik kerana mereka berpeluang membeli barangan asas seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, telur dan daging lembu tempatan dijual pada harga berpatutan.
“Jualan ini membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan jualan barangan keperluan rumah dengan potongan harga hampir 30 peratus,” ujarnya.
Menurutnya, terdapat juga jualan barangan kering keluaran Agromas dan lebih 20 produk usahawan KEDA dan FAMA.
“Kita juga mengadakan jualan ‘Combo Sale’ dan ‘Happy Hour’ bagi memeriahkan lagi program pada hari ini,” jelasnya.
——————————-
📸 Gambar-gambar aktiviti ini boleh didapati melalui pautan berikut;
——————————-
FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAN KEBUDAYAAN SEMPENA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DESA-DESA KEDA ZON 7 MERIAH

FESTIVAL KESENIAN ISLAM DAN KEBUDAYAAN SEMPENA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DESA-DESA KEDA ZON 7 MERIAH

SUNGAI PETANI – Festival Kesenian Islam dan Kebudayaan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Desa-Desa KEDA Zon 7, Kuala Muda/Yan telah dianjurkan dengan jayanya bagi memperkasa seni budaya Islam dalam kalangan pelajar dan komuniti setempat, di samping meraikan bulan Syawal yang penuh keberkatan.
Program ini menjadi medan untuk menonjolkan bakat pelajar dalam bidang kesenian Islam seperti azan dan bercerita tentang tokoh-tokoh Islam, di samping menyemai nilai-nilai murni dan ukhuwah dalam kalangan penduduk.
Acara dimulakan dengan pertandingan azan yang disertai tujuh orang peserta lelaki. Pertandingan diadakan berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Zon.
Seterusnya, pertandingan bercerita pula menyusul, melibatkan tiga peserta lelaki dan lima peserta wanita daripada kalangan anak-anak Desa KEDA Kuala Muda/Yan.
Pertandingan ini diadili oleh juri profesional yang dilantik khas bagi memastikan ketelusan dan kualiti penilaian.
Program berlangsung dalam suasana penuh tertib dan harmoni, diserikan dengan kehadiran ibu bapa, penduduk setempat serta pegawai-pegawai KEDA Zon 7 Kuala Muda/Yan.
Para peserta tampil penuh bersemangat memperdengarkan suara dan persembahan masing-masing, manakala acara bercerita pula memberi inspirasi dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.
Lebih memeriahkan festival kali ini ialah kehadiran tetamu-tetamu kehormat, antaranya Pengerusi KEDA Properties and Management Sdn. Bhd, YBhg. Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Pengerusi Penasihat Program KEMAS Parlimen Sungai Petani, YBhg. Dato’ Shahanim binti Mohamad Yusoff, dan Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, YBrs. Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, bersama barisan pengurusan kanan dan pegawai-pegawai KEDA.
Secara keseluruhannya, Festival Kesenian Islam dan Kebudayaan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Desa-Desa KEDA Zon 7 ini telah mencapai objektif penganjuran, sekaligus memperkasa seni Islam serta mempereratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan komuniti.
Adalah diharapkan program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh pembangunan sahsiah dan kebudayaan masyarakat.
——————————-
📸 Gambar-gambar aktiviti ini boleh didapati melalui pautan berikut;
——————————-