SUNGAI PETANI – Sangat Meriah! Inilah gambaran kepada suasana sepanjang Festival Kesenian Islam Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi Tahun 2023.
Buktinya, lebih 600 orang pengunjung hadir pada majlis perasmian program ini yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Festival Kesenian Islam yang dianjurkan ini adalah merupakan platform silaturrahim bersama penduduk di sini selain wadah meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang cara hidup Islam yang sebenar.
Pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung seperti pertandingan hafazan, azan, nasyid, sajak Islamik dan futsal. Turut dibawa adalah persembahan silat, fiqh wanita, motivasi kekeluargaan dan belia.
Dua aktiviti utama adalah Forum Perdana dan Malam Kesenian Islam. Jemputan bagi kedua-dua program ini juga bukan biasa-biasa, dengan persembahan melibatkan Dr Fitri Haris dari UNIC dan kumpulan Simfoni.
Pengerusi KEDA dalam ucapan beliau menekankan peri pentingnya berhibur mengikut panduan agama Islam.
“Kita tidak perlu berbahas mengenai hukum berhibur ini kerana biarkan yang lebih arif berdiskusi tentang ini.
Festival seperti ini boleh menjadi salah satu alternatif berkesan untuk berhibur cara Islam kepada masyarakat”, ujar beliau.
600 ORANG HADIRI MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM KEDA TAHUN 2023
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaDESA KEDA BANDAR PERKASA KEPIMPINAN ORGANISASI
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaMAJLIS PELANCARAN TABUNG DANA MASJID KARIAH SUNGAI JAGONG
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaKEDA PERKEMAS PENILAIAN PRESTASI KAKITANGAN MELALUI MYPERFORMANCE
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaKOLEJ KEDA NAIB JOHAN AIPA TEKNIKAL KKDW 2023
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaPROMOSI PROGRAM JENAMA KEDA DI KONTI KEDAHFM
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaKURSUS PENGENDALIAN JENGKAUT UNTUK DESA LESTARI BENDANG MAN, SIK
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaPENGURUS BESAR KEDA SERTAI LAWATAN KE TASIK KENYIR, TERENGGANU
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaKOLEJ KEDA BERSIARAN DI KONTI KEDAHFM
/in Arkib 2023 /by Upload@kedaSTAF KEDA MERANGKUL NAIB JOHAN PASUKAN CONGKAK MAKSAK KEBANGSAAN
/in Arkib 2023 /by Upload@keda