600 ORANG HADIRI MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KESENIAN ISLAM KEDA TAHUN 2023

SUNGAI PETANI – Sangat Meriah! Inilah gambaran kepada suasana sepanjang Festival Kesenian Islam Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi Tahun 2023.
Buktinya, lebih 600 orang pengunjung hadir pada majlis perasmian program ini yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom.
Turut hadir adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.
Festival Kesenian Islam yang dianjurkan ini adalah merupakan platform silaturrahim bersama penduduk di sini selain wadah meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang cara hidup Islam yang sebenar.
Pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung seperti pertandingan hafazan, azan, nasyid, sajak Islamik dan futsal. Turut dibawa adalah persembahan silat, fiqh wanita, motivasi kekeluargaan dan belia.
Dua aktiviti utama adalah Forum Perdana dan Malam Kesenian Islam. Jemputan bagi kedua-dua program ini juga bukan biasa-biasa, dengan persembahan melibatkan Dr Fitri Haris dari UNIC dan kumpulan Simfoni.
Pengerusi KEDA dalam ucapan beliau menekankan peri pentingnya berhibur mengikut panduan agama Islam.
“Kita tidak perlu berbahas mengenai hukum berhibur ini kerana biarkan yang lebih arif berdiskusi tentang ini.
Festival seperti ini boleh menjadi salah satu alternatif berkesan untuk berhibur cara Islam kepada masyarakat”, ujar beliau.