DESA KEDA BANDAR PERKASA KEPIMPINAN ORGANISASI

BANDAR BAHARU – Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 5, Baling telah berjaya menyempurnakan modul Kepimpinan Komunti Luar Bandar.
Majlis penutup Bengkel Pengurusan Desa KEDA Bandar telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff. Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian Komuniti Desa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Encik Che Zulkifli bin Ismail dan Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar.
Desa KEDA Bandar yang terpilih mewakili Zon 5, Baling telah memulakan langkah pemerkasaan kepimpinan ini sejak 6 bulan lalu telah melalui siri bimbingan oleh fasilitator (Local Champion), iaitu Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdul Khalek.
Bengkel ini adalah merupakan salah satu pecahan skop bagi Program Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Luar Bandar.
Program ini adalah gagasan idea Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan KEDA sebagai pelaksana bagi terus mengangkat kepimpinan desa sebagai satu struktur kepimpinan yang sistematik dan cemerlang.
Semoga Desa KEDA Bandar menggunakan peluang yang ada untuk terus maju di masa akan datang.
Teruskan Bersemangat!