ALOR SETAR – Unit Integriti dan Perundangan dengan kerjasama KEDA Holding Sdn. Bhd telah menganjurkan Taklimat Pematuhan Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kepada pegawai-pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), bertempat di Kompleks Ibu Pejabat KEDA.
Taklimat khas ini melibatkan kehadiran pegawai dari pelbagai bahagian dan unit di KEDA termasuk Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat KEDA, dengan objektif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peruntukan Seksyen 17A serta memastikan tahap pematuhan yang tinggi dalam urusan pengurusan dan pentadbiran organisasi.
Hadir sama Timbalan Pengurus Besar KEDA, Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan KKDW dan Lembaga Pengarah KEDA Holding, Puan Rafea’ah binti Haji Nahar, Pengurus Besar Kumpulan KEDA Holdings, Encik Muhammad Syakir Zufairi bin Radziyuddin,
Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Pengarah KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Dato’ Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin, Ahli Lembaga Pengarah KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Puan Syakirah binti Md Nor, Pengurus KEDA Properties and Management Sdn Bhd, Encik Mohd Syazwan Najmi bin Fadzilah, Lembaga Pengarah KEDA Agrobiz Sdn Bhd, Puan Zuraida binti Mohd Jalal, Pengurus KEDA Agrobiz Sdn Bhd, Encik Zulfadzli bin Abdullah Halim.
Bagi pihak KEDA Resort and Holiday Sdn. Bhd, yang hadir adalah pengerusinya, Dato’ Muhammad Khizri bin Abu Kassim, Lembaga Pengarah KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd, Encik Julnain bin Abdul dan Pengurus KEDA Resort and Holidays Sdn Bhd, Puan Zaatulhusna bin Zulkifli.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Akademik Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Encik Erfieza bin Mujeini dan turut disertai oleh peguam profesional merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEDA, Dato’ Dr. Aswandy bin Haji Mohamed Hashim.
Menurut penganjur, taklimat ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik warga kerja KEDA mengenai tanggungjawab undang-undang serta memperkukuh integriti dan tadbir urus dalam organisasi.
Para peserta juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penceramah menerusi sesi soal jawab yang diadakan.
Program diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta serta sesi bergambar kenangan.
PROGRAM AGENSI BERSAMA KOMUNITI MADANI DI DESA KEDA BANGGOL PETAI
/in Berita /by Upload@kedaMAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN BELIA DESA KEDA KUBANG KENYENG
/in Berita /by Upload@kedaTAKLIMAT PEMATUHAN SEKSYEN 17A, AKTA SPRM 2009 DI KEDA
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI RINGANKAN BEBAN PENDUDUK DESA KEDA CHE BEMA
/in Berita /by Upload@kedaPENYERAHAN BANTUAN PIKAT DAN PPRS PARLIMEN MERBOK BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN SASAR
/in Berita /by Upload@kedaIKLAN JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA) 2025
/in Uncategorized /by Upload@kedaUntuk permohonan jawatan, sila ke pautan : https://ejawatan.keda.gov.my
Butiran jawatan : Skim Jawatan Kosong KEDA
LAWATAN KERJA KSU KKDW KE KEDA TINJAU PROJEK PUSAT KEMUDAHAN PERNIAGAAN (PKPK) KOTA SETAR
/in Berita /by Upload@kedaPERSEMBAHAN KEDA DAN KESEDAR MEMBUKA TIRAI PERSEMBAHAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KKDW 2025
/in Berita /by Upload@kedaTPM LANCAR PROGRAM TAHFIZ TVET@KOLEJ KEDA 4.0 DAN SERAH WATIKAH PERTUBUHAN BELIA DESA KEDA
/in Berita /by Upload@kedaPROGRAM JALINAN KASIH AIDILFITRI ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI KEDA ZON 9
/in Berita /by Upload@keda