KEDA BELANJA RM1.24 JUTA UNTUK PROSPEK PEDU BAGI TAHUN 2023

KUALA NERANG – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah belanjakan RM1.24 juta untuk pembangunan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di Pedu bagi tahun 2023.
Jumlah ini meliputi 6 pecahan pembangunan iaitu pemberian input tanaman durian, bantuan projek ekonomi, pertanian dan penternakan, projek ameniti sosial dan jalan pertanian.
Selain itu, daripada jumlah tersebut, RM 105,000 telah dibelanjakan bagi projek baik pulih 7unit rumah di kawasan PROSPEK Pedu ini.
PROSPEK Pedu telah bermula pada tahun 2022 dengan tempoh pembangunannya sehingga 5 tahun. Ia melibatkan 12 buah kampung di dalam Mukim Pedu yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi sedia ada dan berpotensi untuk dibangunkan seperti pertanian, penternakan serta industri kecil dan sederhana (IKS).
Antara kampung-kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Setol. Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Kepala Batas.
Pengembangan hasil ‘niche product’ berasaskan tanaman durian merupakan salah satu fokus bagi komponen ekonomi untuk dilaksanakan dalam PROSPEK di Pedu ini.
Antara varieti pokok klon durian ini adalah Musang King, D24, Duri Hitam dan Udang Merah.
Dalam ucapan, Tuan Pengurus Besar menyeru agar semua penerima bantuan bekerjasama mempopularkan durian sebagai ‘signature’ Pedu ini.
“KEDA akan membantu dalam proses menjenamakan Durian Pedu ini. Tetapi semua pihak perlu membantu dengan menggunakan bantuan diterima sebaik-baiknya”, ujar beliau.