KOLEJ KEDA DAN HONG LEONG MALAYSIA JALIN KERJASAMA ANJUR SAFETY RIDING TRAINING COURSE (SRTC)

SIK – Kolej KEDA dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) telah menganjurkan Program “Safety Riding Training Course” di Kolej KEDA di sini.
Program yang berlangsung selama 3 hari itu melibatkan 10 orang fasilitator dari Yamaha HQ bagi melatih 9 tenaga pengajar untuk melayakkan mereka bergelar fasilitator SRTC.
SRTC merupakan salah satu program yang diketengahkan oleh Yamaha kepada masyarakat berkenaan asas penunggangan selamat melalui modul-modul yang dibangunkan oleh Yamaha dengan bimbingan fasilitator yang terlatih.
Program ini tidak hanya melibatkan latihan kepada tenaga pengajar, tetapi juga melibatkan pemilihan dan temuduga pelajar Program Teknologi Motosikal semester akhir untuk Technician Apprentice Program (TAP) dalam menempatkan mereka di pengedar-pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia.
Para pelajar ini telah diterapkan dengan tatacara kerja Yamaha dalam tempoh pembelajaran mereka di Kolej KEDA melalui perkongsian modul antara Yamaha dan Kolej KEDA bagi mempersiapkan mereka sebelum memasuki pemilihan ini.
Program SRTC ini mencerminkan kerjasama yang erat antara Kolej KEDA dan Yamaha Malaysia dalam mempromosikan keselamatan menunggang dan mempersiapkan generasi mendatang di industri motosikal.