KEDA GIAT PENGEMASKINIAN DAN PENAMBAHBAIKAN LAMAN WEB KE ARAH WAJAH BARU 2024

ALOR SETAR – Pengurusan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) sedang giat melakukan pengemaskinian dan penambahbaikan laman web ke arah wajah baru untuk 2024.
Langkah ini dilakukan melalui Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Laman Web KEDA yang diadakan selama dua hari di Bilik Mesyuarat Tualang, Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Jalan Langgar baru-baru ini.
Bengkel itu disertai oleh 16 Jawatankuasa Laman Web KEDA yang mewakili Bahagian dan Unit di KEDA termasuk vendor yang dilantik mengendalikan Laman Web KEDA.
Bengkel ini diadakan bertujuan mengemaskini paparan laman web dan maklumat dalam laman web agar lebih sesuai dengan keperluan pengguna.
KEDA cuba memberi wajah baru Laman Web KEDA untuk tahun 2024 dengan mengabungkan skema warna yang baru dan menggunakan grafik yang lebih menarik serta meletakkan capaian lebih mudah kepada pengguna.
Seterusnya, hasil pengemaskinian dan penambahbaikan Laman Web KEDA akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat (JPICT) yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Afifah binti Omar.
Untuk maklumat, Laman Web KEDA sedang dikemaskinian dan dijangka mencapai 100 peratus awal Januari 2024.